`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 11, 2021

Sabah sudah terima 60,840 dos vaksin Covid-19

 

Shahelmey (dua dari kanan) menyambut ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech di Terminal 2, KKIA, Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Shahelmey Yahya berkata, Sabah setakat ini telah menerima sebanyak 60,840 dos bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech.

Katanya, jumlah diterima itu termasuk 26,910 vaksin yang baru tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), hari ini, dengan kesemuanya juga bagi pelaksanaan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negeri itu.

“Vaksin yang baru tiba ini akan diedarkan ke tiga tempat iaitu Hospital Queen Elizabeth, Hospital Angkatan Tentera Malaysia dan Hospital Tawau.

“Pemberian vaksin ini sudah bermula pada 4 Mac lepas dan berlangsung hingga hari ini, sehingga sasaran kita tercapai untuk fasa pertama pada April ini,” katanya ketika ditemui selepas menyambut ketibaan vaksin itu, hari ini.

Shahelmey berkata, fasa kedua dan ketiga PICK akan mula dilaksanakan di Sabah pada April hingga Februari tahun hadapan.

“Setakat ini, kita telah menerima sebanyak 176,000 permohonan daripada orang ramai di Sabah yang mendaftar menerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

“Kerajaan Sabah menyeru dan mengalu-alukan lebih ramai mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 ini. Begitu juga bagi kawasan luar bandar, badan petugas khas Covid-19 akan mengadakan program ‘outreach’ bagi mengenal pasti golongan sasar untuk mendaftar,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.