`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 18, 2021

Sarawak tulis surat kepada Putrajaya mahu beli vaksin sendiri

 

Douglas Uggah Embas berkata, ia sebagai persediaan jika vaksin dibekalkan Putrajaya tidak dapat memenuhi kehendak jadual program pemvaksinan di Sarawak yang dijadualkan selesai Ogos depan.

KUCHING: Kerajaan Sarawak menghantar surat kepada Putrajaya mengenai hasratnya membeli vaksin Covid-19 sendiri untuk negeri itu, kata Timbalan Ketua Menterinya, Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, surat itu dihantar kepada menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, hari ini.

“Saya telah menghantar surat kepada Khairy…saya beritahu beliau bahawa Sarawak memang berhasrat membeli vaksin.

“(Pembelian vaksin itu akan dibuat) sekiranya vaksin yang dibekalkan kerajaan persekutuan tidak dapat memenuhi kehendak jadual program pemvaksinan di Sarawak yang dijadualkan selesai pada Ogos depan,” katanya pada sidang media harian Covid-19.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata, beliau belum menerima sebarang permohonan rasmi dari mana-mana negeri untuk pembelian vaksin Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah jika kerajaan negeri bercadang membeli vaksin sendiri dan boleh memberikan kebenaran kepada kerajaan negeri berbuat demikian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.