`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 19, 2021

Saya akan bayar denda, Najib akui tak imbas kod MySejahtera di kedai makan

 

PETALING JAYA: Najib Razak mengaku tidak mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki sebuah kedai nasi ayam di Kuala Lumpur dan meminta pihak berkuasa mengeluarkan kompaun kepadanya.

Dalam sebuah video viral, bekas perdana menteri itu dilihat dibawa ke tempat duduknya sejurus tiba di sebuah kedai nasi ayam terkenal di ibu negara.

Katanya, hanya beliau seorang yang tidak mengimbas kod QR MySejahtera, manakala pegawainya yang lain ada berbuat demikian.

“Saya minta pihak berkuasa keluarkan saman kepada saya atas kesilapan tidak sengaja ini. Kompaun untuk tidak ‘scan’ MySejahtera diumum sebagai RM1,500 dua hari lalu oleh menteri Perikatan Nasional. Saya bayar sebelum tempoh 7 hari untuk dapat ‘early bird’ diskaun 50%, iaitu denda RM750.

“Saya akan membayar saman atas kesilapan saya ini secara sukarela. Tidak ada ‘double standard’ dalam istilah saya. Orang lain, parti lain, menteri-menteri saya tidak tahulah. Mereka ada dua darjat itu hal mereka. Saya tidak mahu ada dua darjat bagi kes saya,” tulisnya di Facebook.

Beliau berkata, dirinya masih mengulangi ujian Covid-19 secara kerap dan setakat ini disahkan negatif daripada virus itu.

“Insya Allah semoga kita semua terus diberkati Allah,” katanya.

Catatan Najib itu menyusul sehari selepas polis berkata, mereka sudah membuka kertas siasatan ke atas dakwaan beberapa menteri melanggar SOP Covid-19 SOP dengan merentas negeri untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Antara individu yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Beberapa hari lalu, dua peguam dan seorang Ahli Parlimen meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar perintah kawalan pergerakan ketika menyertai sebuah acara berbasikal.

Bagaimanapun, Jabatan Landskap Negara berkata, acara itu bukan aktiviti “fun ride” seperti didakwa di media sosial dan peraturan Covid-19 dipatuhi sepanjang masa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.