`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 22, 2021

BPMB lantik Nazir Razak sebagai pengerusi baharu

 

Nazir Razak berkata, beliau berbesar hati kerana diberi peluang berkhidmat dalam sebuah institusi kerajaan seperti BPMB. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) melantik Nazir Razak sebagai pengerusi bukan eksekutif baharunya berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menggantikan Zaiton Mohd Hassan yang bersara pada Februari selepas berkhidmat selama dua tahun.

Dalam kenyataan pada Khamis, BPMB berkata Nazir merupakan rakan pengasas dan pengerusi Ikhlas Capital yang juga firma ekuiti swasta ASEAN.

Beliau juga pengerusi CIMB Group Holdings Bhd selama empat tahun dan menyandang tugas ketua pegawai eksekutif kumpulan bagi tempoh 15 tahun sebelum itu.

Malah, Nazir pernah berkhidmat sebagai pengarah bukan eksekutif Khazanah Nasional Bhd selama empat tahun dan ahli panel pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja selama 15 tahun.

Mengulas pelantikan itu, Presiden/GCEO BPMB Arshad Mohamed Ismail mengalu-alukan kehadiran Nazir yang disifatkan beliau sebagai amat berpengalaman.

“Pengalaman luas beliau dalam bidang perbankan dan kewangan akan menjadi aset penting untuk BPMB dalam meneruskan usaha membangunkan negara ini.

“Malah, saya juga teruja untuk bekerjasama dengan beliau,” katanya.

Sementara itu, Nazir berkata, beliau berbesar hati kerana diberi peluang berkhidmat dalam sebuah institusi kerajaan seperti BPMB yang juga institusi pembangunan kewangan penting dalam menyokong syarikat serta projek-projek berkaitan pertumbuhan sosioekonomi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.