`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, April 2, 2021

Budaya 'Procrastination'

 Dalam bahasa Inggeris procrastination juga bermaksud dragging the feet, hesitate, vacillate, indecisive, undecided,  dilly-dally, kick the can down the road (buat kerja sia-sia).




'kicking the can down the road' 

Dalam bahasa Melayu, procrastination (pro-kras-ti-nesyen) boleh membawa maksud melewatkan urusan, tangguhkan kerja, tidak boleh membuat keputusan, malas, hidup tidak bernyawa, kerja secara bersia-sia, membuang masa, memang tak jadi, tidak boleh diharap.

Maka al-kisah UMNO "tidak boleh diharap" masih berterusan.  Walaupun ianya sangat jelas bahawa majoriti pimpinan tinggi parti Umno dan juga akar umbi (terutama sekali sayap Pemuda) tidak menyokong presiden bukan saja sebab dia sedang menghadapi 47 tuduhan jenayah di Mahkamah Tinggi tetapi  Zahid tidak menunjukkan sebarang ciri kepimpinan yang intelligent atau mature. 

Ini dia sedikit berita latest : 




  • kemelut dalaman kepimpinan UMNO 
  • pemimpin UMNO tidak menyokong Presiden parti
  • kenyataan terbuka gesa Zahid segera 'berehat' 
  • Pemuda Pontian gesa Zahid undur 
  • Zahid tidak dihormati majoriti kepimpinan tinggi parti
  • Zahid cabar pemimpin UMNO letak jawatan dalam PN 
  • usul Zahid gesa menteri Umno letak jawatan tidak dituruti 
PAU 2020 menyerlahkan ketidaktentuan hala tuju Zahid 
Annuar Musa dedahkan kerjasama UMNO-PKR-DAP 
Zahid sedia kerjasama dengan mana-mana parti 'ikhlas' 

https://www.sinarharian.com.my/article/131568/BERITA/Politik/Zahid-terus-digesa-berundur-beri-peluang-muka-baharu

Ok so what? Walaupun mereka semua sudah fed up dengan presiden, tetapi realitinya bebudak Umno ini tidak berani mengambil tindakan yang sepatutnya - bukan untuk kick the can down the street tetapi untuk "kick Zahid out".

Umno masih melengah-lengah, membuang masa, cakap berbuih-buih di mulut tetapi No Action Talk Only.

Zahid pula mempunyai kelayakan unggul yang mirip dengan semua ahli politik seperjuangan - dia tidak tahu malu. 

"Tidak tahu malu" ini sebenarnya mempunyai support base yang lebih luas. Orang yang sudah dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun atas jenayah mencuri duit rakyat masih boleh dijemput memberi ucapan di majlis umum.  

Jika pemimpin mencerminkan masyarakat maka masyarakat yang tidak faham maruah akan melantik pemimpin yang tidak faham malu. 

Apa yang sedang berlaku di depan mata kita sekarang adalah culmination atau penghabisan atau penghujung pada satu budaya yang memang sudah gagal secara total.  

Percayalah Umno tidak boleh perbaiki keadaan parti ataupun masa depan parti. Dan tentu sekali Umno tidak boleh perbaiki masa depan ahli, penyokong, pengundi dan masyarakat.  

It is not going to happen. Saya boleh jelaskan lagi tapi bukan mereka akan faham pun.  

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.