`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 21, 2021

Ibu terkejut anak 3 tahun positif dadah, polis buru bapa tiri

 

Ketua Polis Daerah Nilai Mohd Fazley Ab Rahman berkata air kencing mangsa menunjukkan dia positif amphetamine dan methapetamine. (Gambar Bloomberg)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun didapati positif dadah selepas dijaga bapa tirinya.

Ketua Polis Daerah Nilai Mohd Fazley Ab Rahman berkata, ibu kanak-kanak berkenaan membawanya ke Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan setelah melihatnya berkelakuan aneh dan tidak seperti biasa pada 15 April lalu.

“Rawatan dilakukan telah mengesahkan air kencing mangsa adalah positif dadah jenis amphetamine dan methapetamine,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurutnya, keadaan kanak-kanak itu itu disahkan doktor yang merawatnya di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur.

Hasil siasatan mendapati, sebelum mangsa berkelakuan aneh dia telah dijaga oleh bapa tirinya berusia 38 tahun di Nilai.

Susulan itu, polis sedang mengesan bapa tiri mangsa iaitu Mohd Faresh Khalid yang bekerja sebagai tukang jahit beralamat di Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Taman Desa Jasmin, Nilai bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis juga meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki terbabit supaya menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-8005225.

Mereka juga boleh menghubungi pegawai penyiasat Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-33330025 atau Normi Hashim di talian 013-6949623, atau balai polis berhampiran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.