1.
https://m.malaysiakini.com/news/569593
- Harmoni M'sia kritik Tokpa kata graduan perlu syukur dapat kerja gaji rendah
- kenyataan itu seakan memperlekehkan golongan tersebut
- Tokpa seharusnya berusaha baik pulih ekonomi untuk tingkatkan gaji graduan
- sebagai menteri dia harus usaha pulih ekonomi semaksima mungkin
- Bukan minta graduan reda dan terima keadaan himpit ini
Kerajaan wajar lebih rasional dan sensitif
gaji para menteri tinggi sangat tidak wajar remehkan graduan
- graduan turut rasa kenyataan Mustafa tidak wajar
- Graduan akhirnya gaji sama dengan Sijil SPM
- Habis berpuluh ribu, hutang PTPTN
- Keluar saja (berhutang), belum lagi cakap soal B40, banyak tanggungan
Itu pun dengan langkah-langkah kerajaan, kalau tiada lagi teruk lagi
graduan dapat kerja bersyukurlah ramai lagi tiada kerja walaupun gaji rendah
2.
- PAU 2020 gagal mengangkat isu didepani Melayu
- hanya menyentuh soal kuasa - kemenangan, penjajaran baru, gabungan politik
- tidak sentuh isu besar orang Melayu - keadilan, kesejahteraan, ekonomi rakyat
- Melayu itu bukan hanya untuk kuasa
- (OSTB : Err.. siapa kata? Sudah 62 tahun depa sudi di kencing Umno!)
- ada (Umno) bincangkan Covid, SOP, masa depan negara, agenda rakyat?
- Adakah benda-benda seperti itu (dibincangkan)?
- Jawapannya : “Tak ada"
OSTB : Pemimpin Melayu sudah tidak tahu bagaimana caranya untuk bantu orang Melayu. Mereka masih ambil ilham dasar ekonomi filem Nujum Pak Belalang - "Satu untuk kau dua untuk akau". Atau lebih dikenali sebagai 'sistem ekonomi AGIH'. Sila perhatikan AGIH itu adalah FOUR LETTER word juga.
Sebiji serupa lakonan dalam filem P Ramlee itu, ekonomi AGIH ini mempunyai terbanyak sekali keburukan, kesilapan dan kelemahan lojik.
Antara kelemahan paling terbesar sistem ekonomi AGIH ialah apakah kriteria untuk memilih orang yang akan di-AGIH-kan harta awam?
Siapa yang akan dapat gaji tinggi dan siapa pula dapat gaji rendah?
Siapa yang akan dapat kontrak kerajaan bernilai bilion Ringgit dan siapa yang akan dapat bantuan beras dan minyak masak? Semuanya dengan menggunakan duit rakyat, hasil kutipan cukai daripada rakyat (cukai pendapatan atau income tax, cukai jualan, cukai impot, cukai eksais, cukai atau levi pekerja, cukai tanah, cukai pintu, cukai jalan, cukai GST dan banyak jenis cukai lagi).
Dalam sistem ekonomi AGIH ini, cukai dan hasil dikutip daripada semua manusia - tanpa mengira kaum atau kulit.
Tetapi bila sampai masa untuk AGIHkan hasil kutipan cukai daripada rakyat, maka sistem AGIH itu menjadi kekok. It does not work.
Maka terjadilah kemiskinan dan ketidak adilan dalam negara kita. Maka akhir sekali ekonomi pun menjadi makin lemah.
Orang yang terpaksa bayar cukai merasai (tanpa mereka sedari pun) bahawa pulangan atau return on investment daripada hasil usaha mereka makin berkurangan. Cashflow makin kurang, peluang ekonomi makin kurang. Secara sikit-sikit dan sedikit-sedikit mereka tidak akan tambahkan pelaburan dalam bisnes baru. Atau mereka tidak dapat kembangkan bisnes mereka menjadi lebih maju seperti yang patut mereka boleh buat. Selalunya ada saja rintangan daripada dasar ekonomi A G I H yang menjadi penghalang.
Maka mereka pun terpaksa puaskan hati dengan apa yang mereka boleh dapat daripada hasil usaha mereka dalam sistem ekonomi AGIH.
Maka tidak perlulah PAU 2020 bincang isu ekonomi orang Melayu. Mereka bincang isu rampas kuasa dulu. Sebab kalau rampas kuasa mereka bolehlah AGIH harta negara ikut suka kepala hotak mereka.
Orang Melayu bolehlah tunggu bantuan beras dan minyak masak. Atau tunggu diskaun bayar PTPTN.
Bersyukurlah dengan gaji rendah. Bersabar lah. Jangan lah cepat nak complaint sangat.
Inilah hasil daripada 62 tahun kena kencing di atas kepala.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.