`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, April 17, 2021

Kanak-kanak lemas, terjatuh dalam lubuk di sawah padi

 

KANGAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam lubuk air sedalam dua meter ketika berbasikal berhampiran sawah padi di Kampung Hutan Kandis, Arau hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau Nanda Maarof berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, Mohamad Amir Faris sedang berbasikal bersama-sama adik lelakinya yang berusia lapan tahun dan kawan perempuan mereka berumur 11 tahun sebelum dia tiba-tiba hilang kawalan dan terjatuh ke dalam lubuk berkenaan.

Orang ramai yang berada di kawasan berhampiran cuba membantu mangsa namun mangsa tenggelam sebelum berjaya ditarik keluar dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan mayat dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar untuk dibedah siasat, katanya ketika dihubungi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.