`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 8, 2021

Larangan bazar Ramadan di Sabah demi elak lonjakan kes, kata Hajiji

 

Hajiji Noor (dua dari kanan) melawat pasar awam Sandakan hari ini. (Gambar JKM)

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri terpaksa membuat keputusan sukar dengan tidak membenarkan bazar Ramadan diadakan tahun ini bagi mengelakkan lonjakan kes Covid-19.

“Apa yang penting adalah melindungi masyarakat daripada wabak itu dan ini (larangan bazar Ramadan) dilakukan dengan niat baik.

“Saya juga mengajak seluruh rakyat Sabah terus mematuhi SOP ditetapkan kerana ia adalah mustahak,” katanya selepas melawat pasar awam Sandakan.

Semalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun mengumumkan bazar Ramadan tidak dibenarkan di negeri itu kerana situasi Covid-19 masih dalam keadaan tidak stabil, akibat kewujudan beberapa kluster berpunca daripada penganjuran majlis sosial dan keramaian, selain tahap pematuhan SOP yang rendah.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata, larangan mengeksport kayu balak di Sabah masih dikuatkuasakan kerana ia dilihat dapat membantu industri kayu tempatan mendapat akses dari segi bahan mentah.

“Kita akan mengkaji perkara ini, tetapi setakat ini, larangan itu masih berkuat kuasa.”

Larangan mengeksport kayu balak di Sabah mula dilaksanakan pada 2018 bagi memastikan sumber berasaskan kayu dapat menampung permintaan bekalan industri pembuatan tempatan.

Terdahulu, sempena lawatan Hajiji ke Sandakan, beliau mengumumkan peruntukan RM4.25 juta untuk membaik pulih dan meningkatkan kemudahan awam di daerah itu.

Katanya, RM1.25 juta daripada jumlah itu akan digunakan untuk menaik taraf pasar awam Sandakan, RM1.4 juta untuk membina tempat letak kenderaan tambahan di Hospital Duchess of Kent dan RM1.6 juta untuk tempat letak kenderaan tambahan di Kampung Sim Sim. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.