`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 27, 2021

Lelaki berkelakuan tak senonoh dalam LRT ditahan

 

LRT, kelakuan tak senonoh, polis Subang Jaya, suspek ditahan, warga Bangladesh

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki berkelakuan tidak senonoh dalam LRT awal bulan ini.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan oleh polis bantuan di Stesen LRT USJ 7 di Subang Jaya pada 9.30 malam, Ahad lalu, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya Abd Khalid Othman.

“Suspek kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk tindakan lanjut,” kata beliau, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek telah direman selama 14 hari bermula Ahad hingga 8 Mei ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 /63,” kata beliau.

Dalam kejadian sekitar 8.30 malam pada 4 April lalu, seorang wanita mendakwa seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dengan melakukan aksi onani ketika duduk bertentangan dengannya dalam LRT di Stesen USJ 21.

“Pengadu sempat merakam sebahagian perbuatan suspek tersebut,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Amihizam Abdul Shukor, yang mengesahkan menerima laporan kejadian itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.