`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 5, 2021

Neelofa minta ruang selesai kes langgar SOP, rentas negeri

 

Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, selamat diijabkabulkan pada 27 Mac lalu. (Gambar Instagram)

PETALING JAYA: Selebriti dan usahawan, Neelofa meminta diberikan ruang untuk berurusan dengan polis secara profesional dan tertutup berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan serta insiden merentas negeri.

Beliau bagaimanapun menolak untuk mengulas lanjut mengenai bila dia dan suami akan memberikan keterangan kepada polis.

“Saya tidak mahu mengulas panjang kerana boleh memudaratkan keadaan. Beri saya ruang untuk selesaikan secara baik dan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.

“Lagipun, saya tidak perlu memberi penjelasan secara terperinci apa yang bakal saya lakukan. Beri saya ruang untuk selesaikan sendiri dengan pihak yang berkenaan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Mengenai lawatan ke Langkawi, Neelofa berkata ia sudah dirancang lebih sebulan dan bukan dibuat secara spontan.

“Sebaliknya, semua dirancang lebih sebulan. Lagipun, kita bakal meraikan Ramadan tidak lama lagi. Jadi, saya ingin menyelesaikan semua tugasan tertunggak sebelum puasa.”

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran majlis tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur itu gagal mematuhi SOP ditetapkan, termasuk tiada penjarakan fizikal.

Sementara itu, turut dilaporkan kertas siasatan berhubung kes pelanggaran SOP majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz, dijangka dapat disiapkan dalam minggu ini.

Mohamad Zainal berkata, polis juga akan memanggil pasangan itu untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan siasatan.

Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, selamat diijabkabulkan pada 27 Mac lalu.

Majlis itu dihadiri kira-kira 200 tetamu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.