`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, April 10, 2021

RM4 BILION Duit KWAP Entah Ke Mana. Pencarum KWAP Semua Bangsa Bengong Bahlol Ke?

 



  • April 8 : Court of Appeal judge questioned status of RM4b KWAP loan 
  • Justice Vazeer Alam posed question to counsel 
  • We only know RM2b came in August 2011, same day transferred out
  • March 2012 RM2 billion came in, transferred out

transfer of money did not go through the SRC board
We do not know who approved it 
Any act of removing RM4b is theft
To say theft difficult as no police report lodged 
We do not know its status
transfer of funds made through secret SRC International account 
RM4b almost immediately transferred outside the country
SRC did not have proper corporate structure
no police report was made 
SRC no proper corporate structure when RM4b loan granted by KWAP
at that time, there was no board of directors 

OSTB : 

Malulah. Tuan Hakim pula tanya lawyer apa sudah jadi dengan duit KWAP RM4 billion itu. 

Patutnya pencarum KWAP yang perlu tanya soalan ini. Sebab duit RM4 billion itu duit tuan-tuan. Duit itu sekarang sudah hilang. 

Lawyer pula jawab muka selamba sahaja : we do not know, no police report lodged, no proper corporate structure, no board of directors.

RM4 Billion duit pencarum (duit tuan-tuan) sudah hilang tetapi pihak KWAP tidak buat police report pun. Sampai ke hari ini.  

Ini menjadi satu lagi kes "bukan duit bapak dia tetapi duit bapak tuan-tuan'. 

Depa ambil duit bapak tuan-tuan lepas itu depa buat macam duit bapak dia sendiri. 

Bila berita duit KWAP RM4 billion ini mula bocor pada masa Najib jadi Perdana Menteri saya OutSyed The Box telah bangkitkan soalan ini berulang kali dalam blog ini. 

Soalan yang saya telah tanya ialah apakah KWAP pernah terima bayaran interest ke, coupon ke, Islamic profit ke, dividen ke atau apa jenis bayaran untung pun daripada pinjaman besar RM4 billion itu?  Jika tiada bayaran interest atau coupon atau profit rate etc diterima oleh KWAP maksudnya pinjaman RM4 billion itu sudah jadi 'bad debt' atau hutang yang tidak boleh di bayar.

Saya ingat lagi pada masa itu pihak KWAP telah buat kenyataan media bahawa semuanya ok saja. Tak ada masalah.

Sekarang kita tahu duit RM4 billion itu sudah hilang. Tuan Hakim yang kena tanya lawyer.

Tuan-tuan pencarum KWAP semua bengong ke? This is your money lah. Kalau awak semua diam, buat bodoh saja, kemungkinannya duit itu tidak akan datang balik.

Kecuali Kerajaan ambil duit taxpayers funds (duit bapak kita) dan disalurkan masuk ke dalam KWAP untuk tampal lubang RM4 billion itu.  Jadi saya pula jadi mangsa sebab saya bayar segala jenis cukai kepada Kerajaan. Serupa juga dengan tuan-tuan. Kita semua adalah pembayar cukai.

Depa curi duit kita dan depa sudah joli dengan duit kita sebanyak RM4 billion, sekarang kita pula kena beri sumbangan bayar banyak jenis cukai untuk tampal lubang RM4 billion itu! Banyak cantik lah. 

Masalahnya ialah dalam negara kita ini terlalu ramai orang yang bengong, bahlol dan bangang. Stupid people. Yang tak faham apa yang sedang berlaku dalam negara ini. 

Di negara lain rakyat mereka boleh faham perkara yang simple seperti rasuah dan salah guna kuasa. Dalam negara kita pula orang yang patut bertanggungjawab jaga duit tuan-tuan tidak membuat laporan Polis pun apabila duit RM4 billion hilang. Dan tuan-tuan pun buat dunggu selamba saja - pun tak ambil peduli duit tuan-tuan sebanyak RM4 billion sudah hilang.  

Bangkitlah brader. If you just keep quiet, satu hari nanti awak boleh hilang segala.  

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.