`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 8, 2021

Serupa Titanic Karam Maka Umno Pun Tenggelam

 Kapal Titanic karam akibat terlanggar iceberg atau bongkah ais yang besar. Satu bencana yang sangat menyedihkan, sebab bukan saja lebih seribu nyawa terkorban tetapi apabila kapal yang besar dan "unsinkable" itu karam ia telah menggoncang confidence ramai orang menaiki pelayaran kapal ocean liner selama berpuluh tahun.

Pelayaran menaiki kapal ocean liner tidak akan popular lagi sehingga tahun 1990an. 

Pada waktu Titanic terlanggar iceberg keadaan cuaca kurang baik dengan kabus tebal menghalang visibility jarak jauh.  Anak kapal Titanic tidak melihat bahaya iceberg sehingga saat terakhir dan mereka tidak dapat menukar haluan kapal. Maka berlakulah perlanggaran Titanic dengan iceberg.  Pakar pelayaran yang kaji bencana Titanic juga berpendapat bahawa kapten Titanic itu cuai dan tidak memberi arahan kurangkan kelajuan kapal memandangkan keadaan cuaca kurang baik dan kawasan itu memang dikenali sebagai kawasan iceberg.  


Berbeza daripada nasib malang kapal Titanic,  parti Umno pula sedang belayar dengan kelajuan yang maksimum menuju ke arah melanggar batu karang yang pasti akan tenggelamkan bahtera Umno. Tidak ada cuaca buruk atau kabus tebal yang menghalang  penglihatan sesiapa pun. There is no fog or bad weather.  Semua anak kapal sedar dan boleh melihat bahaya batu karang yang timbul di depan. Tetapi Umno pula seolah "increasing speed" untuk bertemu kehancuran dengan lebih cepat. 

Sebahagian daripada ahli parti sedang panic dan bunyikan 'siren' dan warning untuk kejutkan Umno tetapi ramai juga ahli parti itu lebih seperti kayu hanyut.  Mereka sedar akan bahaya yang terdekat tetapi keadaan mereka seolah terkena otak frozen atau brain freeze, mereka tidak boleh buat apa pun. 

Ahli Umno sudah seperti tidak peduli atau tidak ingati parti mereka mempunyai 3.5 juta ahli dan mempunyai sejarah politik selama 75 tahun. Sewaktu perhimpunan PAU mereka lebih suka mencari pau - samada pau untuk dimakan atau pau yang dimasuk dalam kocek. PAU mereka pun menjadi pau. 

Parti Umno sudah pun menjadi "second fiddle" kepada parti Bersatu. Second fiddle maksudnya Umno adalah pemain barisan kedua - di belakang Bersatu yang duduk saf depan sekali. Tetapi ramai juga ahli akar umbi dan pemimpin Umno yang tidak resah dengan Umno duduki barisan kedua di belakang parti Bersatu sebab hampir kesemua daripada pemimpin Bersatu adalah darah daging Umno. Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah meninggalkan Umno tetapi beliau telah dipecat dan dibuang daripada parti oleh pimpinan parti yang sekarang sudah dijatuhkan hukuman penjara Mahkamah atas jenayah rasuah dan curi duit.  

Pendek kata Bersatu itu masih 'ber-DNA Umno'.  Perpecahan Umno-Bersatu boleh juga ditafsirkan sebagai perkara dalaman. Maka bukanlah janggal atau ganjil bagi ahli Umno rela kerjasama dengan Bersatu dan pimpinan Tan Sri Muhyiddin.  

Tetapi yang menjadi Pelik bin Hairan ialah apakah sebabnya Umno dipaksa duduk di tempat THIRD FIDDLE atau di barisan KETIGA di belakang parti PKR pula ?

Dan yang lagi pelik ialah sedangkan keahlian Umno adalah hampir 100%  Melayu tetapi majoriti ahli PKR pula adalah BUKAN MELAYU (Cina campur India). Pada satu ketika dulu majoriti atau bilangan terbesar ahli PKR adalah orang India.  Dan PKR adalah sebuah parti yang mempunyai sangat sedikit bilangan ahlinya berbanding 3.5 juta ahli Umno.

Jadi Umno parti 'ketuanan Melayu' sanggup duduk di "bawah" telunjuk parti yang majoriti India atau bilangan ramai ahlinya orang India. Serupa babak wayang Superman yang boleh gostankan putaran alam.  

Jadi inilah Nasib Umno pada abad ke 21. Umno sudah menjadi parti Kelas Tiga, dibelakang Bersatu dan PKR. Tun Dr Mahathir telah bersara daripada pimpinan tertinggi Umno pada 2003 - ia itu 18 tahun yang sudah.  

Dalam masa yang begitu singkat (berbanding sejarah parti) Umno sudah menjadi Titanic. Bencana kapal Titanic telah korbankan lebih 1,500 nyawa manusia. Bila Umno pula karam dan tenggelam nanti berapa ramaikah agaknya ahli dan pemimpin partinya akan terkorban?  

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.