`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 8, 2021

Ujian saringan dadah bagi pelajar sekolah menengah di Kelantan, kata AADK

 

Pengarah AADK Kelantan Rohayu Ahmad berharap pihak sekolah akan memberikan kerjasama baik dengan tidak menyembunyikan data pelajar yang terlibat dadah.

PASIR PUTEH: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan akan melaksanakan program ujian saringan air kencing kepada pelajar sekolah menengah di negeri itu bermula bulan ini bagi membendung penglibatan pelajar dalam pengambilan dadah.

Pengarah AADK Kelantan Rohayu Ahmad berkata, program itu akan dilaksanakan di semua sekolah menengah di negeri tersebut dan pelajar yang didapati positif akan dimasukkan ke dalam program pemulihan berbentuk kem bawah agensi berkenaan.

“Sekarang ini kami masih belum ada rekod jumlah penglibatan pelajar dengan dadah, oleh itu, kita akan melaksanakan program ujian saringan air kencing kepada pelajar memandangkan sekolah ketika ini baru dibuka semula.

“Kita telah berbincang dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi melaksanakan program itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian dan pelancaran SMK Sungai Petai sebagai Sekolah Angkat ADDK.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak sekolah akan memberikan kerjasama baik dengan tidak menyembunyikan data pelajar yang terlibat dadah.

Rohayu berkata, setakat ini AADK Kelantan mengenal pasti 15 kawasan berisiko tinggi aktiviti penyalahgunaan dadah membabitkan lima jajahan, antaranya Kota Bharu dan Tumpat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.