`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 17, 2021

2 pasar utama P Pinang tutup 10 hari

 

Pita kuning diletakkan di pintu masuk Pasar Jelutong. Jabatan Kesihatan mengarahkan pasar itu dan gerai di luarnya ditutup 10 hari susulan empat kes jangkitan positf melibatkan peniaga di situ.

GEORGE TOWN: Pihak berkuasa mengarahkan penutupan dua pasar paling sibuk Pulau Pinang di Jelutong dan Bagan Ajam, selepas kes jangkitan Covid-19 dikesan di situ, hari ini.

Pasar Jelutong dan 186 gerai di luarnya diarahkan ditutup selama 10 hari selepas empat peniaga disahkan positif.

Sementara itu, bahagian makanan dan daging babi di Pasar Bagan Ajam turut diarahkan ditutup selama 10 hari selepas lapan kes positif dikesan, berkaitan dengan kluster Jalan Terbilang.

Dua pasar itu mempunyai bilangan pengunjung tinggi, malah Pasar Jelutong menerima sekurang-kurangnya 1,000 pelanggan setiap hari kata seorang Ahli Dewan Undangan Negeri.

Pasar Bagan Ajam pula adalah pasar basah terbesar di Butterworth dan dikunjungi sekurang-kurangnya 800 orang setiap hari.

Pegawai MBPP memasang pita kuning di Pasar Jelutong.

Datuk Bandar Pulau Pinang (MBPP) Yew Tung Seang berkata, Pasar Jelutong mempunyai 60 gerai dan 186 gerai sementara di luarnya, di Jalan Penaga serta Lorong Ipoh. Beliau memberitahu sidang media hari ini, kerja sanitasi akan dijalankan di situ.

Pada masa sama, Datuk Bandar Seberang Perai Rozali Mohamud berkata bahagian makanan dan daging babi di Pasar Bagan Ajam akan ditutup 10 hari susulan lapan kes positif Covid-19 dikesan di situ.

Katanya, 17 peniaga yang diarahkan melakukan ujian calitan oleh pihak berkuasa kesihatan masih belum berbuat demikian.

Notis penutupan di Pasar Jelutong.

Rozali menggesa peniaga terlibat menghubungi pejabat kesihatan di 04-5751833 sebelum 6 petang hari ini untuk membuat janji temu atau menyerahkan ujian Covid sekiranya telah dibuat di kemudahan swasta.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo berkata, Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Pulau Pinang bersedia memberikan suntikan vaksin Covid-19 sebagai sebahagian daripada program imunisasi kebangsaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.