`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 5, 2021

Alat pemadam api meletup, lelaki nyaris putus kaki

 

Anggota bomba dan penyelamat memberi rawatan awal kepada mangsa berusia 40-an itu yang cedera parah di kakinya akibat terkena serpihan letupan alat pemadam api. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki hampir terputus kaki, selepas sebuah alat pemadam api meletup di sebuah premis di Ipoh, Perak.

Kejadian itu berlaku kira-kira 5 petang tadi di Jalan Hussin Nordin, Taman Pearl, ketika mangsa dan dua rakannya sedang menyelenggara alat pemadam api itu.

Mangsa berusia 40-an itu cedera parah di bahagian kanan kakinya, manakala dua rakannya cedera ringan akibat terkena serpihan letupan alat pemadam api itu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan diterima pada 5.09 petang tadi.

Katanya, pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa, sebelum menyerahkan tiga mangsa itu kepada pasukan perubatan di lokasi kejadian yang dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.