PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat video tular seorang lelaki memukul kepala seorang wanita menggunakan sayur di sebuah premis perniagaan di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati mangsa berusia 42 tahun dengan harga minuman yang didakwa tidak dijual mengikut harga sebenar ditetapkan pengilang.
Dalam kejadian 3.15 petang itu, suspek berusia 17 tahun itu turut didakwa mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menyerang mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori.
“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular rakaman video selama 21 saat yang memaparkan suspek sedang membungkus sayur, sebelum memukul mangsa menggunakan bungkusan sayur itu sehingga telefon bimbit mangsa terjatuh. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.