`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 23, 2021

‘Nasi di Kedah sedap’, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus

 

Polis menjalankan operasi di ladang kelapa sawit Kampung Selamat, Tasik Gelugor, Pulau Pinang. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Lebih 15 individu berusia 50-an ditahan apabila didapati merentas negeri menggunakan lorong tikus dalam ladang kelapa sawit di Kampung Selamat, Tasik Gelugor, Pulau Pinang, yang bersempadan Padang Serai, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor, berkata dalam operasi 4 petang itu, kebanyakan mereka memberi pelbagai alasan tidak munasabah apabila disoal.

Antara alasan diberikan adalah mahu membeli nasi di Padang Serai kerana ia lebih sedap berbanding di Tasek Gelugor.

“Ada yang kata sebab nak beli nasi di Kedah sebab dekat situ lebih sedap dan ada juga nak beli barang keperluan macam di sini (Tasek Gelugor) tak ada.

“Alasan remeh ini tidak dilayan oleh polis dan mereka ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Noorzainy berkata, polis mengenal pasti tiga lorong tikus dalam daerah Seberang Perai Utara yang sering digunakan bagi mengelak perbuatan mereka diketahui pihak berkuasa.

“Ketiga-tiga laluan tikus dikenal pasti adalah dua di jalan Kampung Selamat-Padang Serai dan satu lagi di jalan utama yang bersempadan dengan Pulau Pinang dan Kedah.

“Kita anggap jalan ini sebagai laluan tikus yang sering digunakan oleh mereka yang enggan mengambil permit kebenaran daripada polis,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama, polis turut mengesan individu yang menggunakan surat kebenaran rentas negeri tidak mengikut format dan siasatan lanjut akan dijalankan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.