`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 30, 2021

Ok Kerajaan Bodoh Tetapi Tuan-Tuan 70 Kali Lagi Bodoh

 OSTB : Saya menerima nukilan tersebut menerusi Whatsapp. Penulisnya tercatit sebagai Prof Madya Dr Ariza Mohamed, yang mana saya turut  catitkan nama beliau.  (All done in good faith Prof, terima kasih).  Tajuk bicara di atas adalah pilihan saya sendiri. Juga saya ada sedikit ulasan pada penghujung ini.


'Saya boleh katakan dengan keyakinan 100 peratus jika Kerajaan bertukar tangan sekali pun tetap akan gagal -- kerana masyarakat ini adalah masyarakat yang sama'.


Tulisan : Prof. Madya Dr Ariza Mohamed.

Pengerusi,  Maahad Tahfiz Bayt Az Zakiah, Ipoh.

*# LOCKDOWN & GAGAL*

Akhirnya kita lockdown semula.

Maka ramai yang mula menggunakan hashtag: kerajaan gagal.

Namun bak kata orang-orang Melayu lama--satu jari menuding orang lain, empat jari akan berbalik kepada diri sendiri.

1.  Saya katakan saya gagal.

Saya mengendalikan pesakit-pesakit, ibu-ibu, memberikan vaksin kepada bayi-bayi  namun saya gagal mendidik mereka dan suami mereka serta ahli keluarga mereka tentang vaksin, misalnya. 

Sehinggakan reaksi masyarakat terhadap vaksin adalah seolah-olah ini pertama kali mereka berhadapan dengan vaksin. 

Seolah-olah mereka tidak biasa dengan anak-anak mereka demam, sakit di tempat suntikan untuk tempoh sekejap.

Saya gagal. 

2.  Guru-guru gagal menerangkan tentang kepentingan vaksin walaupun ia subjek wajib tingkatan 5 dan masuk di dalam SPM.

3.  Kementerian pendidikan gagal kerana pendidikan yang berfokus kepada peperiksaan gagal memandaikan masyarakat walaupun mereka score A semua subjek.

4.    Kerajaan gagal membina suatu bangsa Malaysia yang beradab.

5.  Kita gagal dalam membentuk masyarakat yang mempunyai sistem nilai yang benar. 

6.  Gagal dalam membentuk masyarakat yang boleh berfikir rasional dan matang, yang boleh membuat keputusan yang benar. 

7.  Kita gagal membentuk masyarakat yang boleh berfikir dengan saksama.

8.  Masyarakat kita gagal untuk faham tentang situasi yang kita hadapi sehingga mereka rasa seperti hero kerana dapat rentas negeri dan balik beraya. 

Kerajaan tidak gagal bersendirian. 

9.   Kerajaan gagal bersama-sama kita sekalian pun gagal.

Bagaimana kita boleh jadi begini?

10.  Majikan-majikan gagal meyakinkan staf untuk tidak rentas negeri.

11.  Guru-guru gagal.

12.   Ilmuwan2, professor2 gagal menterjemahkan teori2 di atas kertas supaya dapat difahami oleh masyarakat akar umbi.

13.   Agamawan gagal untuk menerangkan konsep tawakkal sebenar di dalam Islam 

sehingga masyarakat kita seakan-akan menganut fahaman sesat jabbariah--tawakkal tanpa usaha. 

Bahkan ada agamawan sendiri yang menentang segala bentuk perubatan moden.

14.    Kita gagal mendidik masyarakat bagaimana menilai sebuah kajian

--mana kajian yang diyakini dan mana kajian yang sampah sehingga masyarakat percaya bulat-bulat semua berita, bahkan yang tiada asas sains langsung! 

Maka bertebaranlah tips itu dan ini sebagai rawatan covid. 

Semua ini kerana asas pemikiran kritikal, logik dan saintifik tidak terbentuk. 

Di mana sepatutnya ia terbentuk? 

Di sekolah, di universiti? Dari rumah? Dari media?

15.   Media menyumbang kegagalan paling besar.

Sekiranya media dari dulu bertujuan memandaikan manusia, tentu tidak sesusah sekarang.

Filem2 picisan mengarut yang dihidangkan setiap hari sehingga merosakkan akal yang sihat. 

Adakanlah filem2 yg bijak sikit--yang mendidik. Tolonglah. 

Filem yang meningkatkan motivasi, yang patriotik, filem sci-fi, dokumentari dll. Anda lebih tahu.

16.    KKM juga gagal. 

Gagal meyakinkan rakyat mereka adalah antara yang terbaik di dunia.

Semalam saya berseminar online bersama pelajar2 saya tentang tajuk Perinatal infection. Jangkitan mikroorganisma kepada wanita mengandung. Termasuk covid dan HIV antara lain. Malaysia telah berjaya menghampiri nilai 0 untuk jangkitan ibu HIV kepada bayi yang dikandungnya. Bermula dari saringan ibu mengandung utk deteksi HIV, pemberian ubat kpd ibu, melahirkan ibu melalui pembedahan, diikuti dengan ubat kpd bayi dan prosedur2 khusus. Sehingga alhamdulillah bayi tidak terjangkiti. Tapi siapa yang tahu. KKM dan orang-orang yang terlibat saja yang tahu. Masyrakat tak tahu kejayaan-kejayaan ini. 

Begitu juga kejayaan vaksin menghapuskan polio, batuk kokol, cacar smallpox. Kecacatan disebabkan rubela sudah hampir tidak didengari.

Bila kita tidak berusaha memandaikan masyarakat, berkongsi info-info perubatan, masyarakat jadi tidak yakin dan syak pada hospital dan KKM secara keseluruhannya.

Dalam keadaan kita tidak menguasai medsoc, maka puak puak anti-vaksin, pro-supplement, pro-all natural menguasai gelanggang.

It's all a recipe for disaster.

  • Ahli2 politik baik pembangkang atau parti yang memerintah, ini bukan masa untuk mencari mileage. 
  • Ini masa untuk meletakkan di bawah semua perbezaan dan sama2 menyinsing tangan membantu menyelamatkan negara. 
  • Jangan duduk bergembira melihat kapal di masuki air sampai lupa kita berada di atas kapal yang sama.

Anda ada cyber-war team yang bagus, manfaatkanlah untuk didik masyarakat di waktu kritikal ini.

Saya boleh katakan dengan keyakinan 100 peratus jika Kerajaan bertukar tangan sekali pun tetap akan gagal -- kerana masyarakat ini adalah masyarakat yang sama.

Selagi kita, apa pun posisi kita, 

  • sebagai ibu atau bapa
  • sebagai guru
  • sebagai majikan
  • sebagai artis
  • ustaz atau apa-apalah

tidak berusaha membina masyarakat kita ini supaya mempunyai sistem nilai dan pertimbangan yang benar, selagi itu kita akan gagal. 

#sayagagal

Dr. Ariza Mohamed

Pakar Obstetrics and Gynecologist

OSTB :  Syabas dan terima kasih kepada Prof Madya Dr Ariza Mohamed atas ulasan yang jujur dan tepat.

1.   Tuan-tuan sila lihat gambar ini  yang menunjukkan keadaan trafik jam yang sesak di Tol Gombak dua hari sudah. 


Beribu buah kereta, bas dan lori merentas negeri dari Selangor menuju ke Pahang, Terengganu, Kelantan dsbnya. 

Soalan Nombor 1 - Macam mana pula Polis boleh membenarkan beribu biji kereta dan bas merentas negeri?  Takkan mereka semua ada surat rentas negeri?  Saya pi balik ke kedai saya di Bangsar South pun saya kena tahan Polis di dua tempat, terpaksa tunjuk surat saya dan hari itu sempat jawab soalan Polis yang tanya saya berapa harga emas sekarang. 

So how did so many thousands of vehicles boleh terlepas Tol Gombak dari Selangor dan masuk ke Pahang dan ke Pantai Timur ? 

Ok lah Kerajaan bodoh - kali ini Kerajan memberi notis empat hari sebelum mula lockdown pada 1hb Jun, 2021 (lusa). Jadi ramai orang ambil kesempatan balik kampong dapat cuti free 1hb Jun - 14 hb Jun 2021.

Soalannya bukankah tuan-tuan yang mengambil kesempatan "curi-curi" balik kampong itu lagi bodoh daripada Kerajaan?  Sebab tuan-tuan sedang membawa corona virus yang fresh dan segar dari Kolompo balik ke rumah di kampong masing-masing.  You are transporting fresh Covid virus - jenama Covid Afrika Selatan-lah, jenama Covid India-lah dari Kolompo straight ke dalam rumah dan dapur ibu dan ayah di kampong.

Percayalah - 14 hari dari sekarang kita akan melihat jangkitan Covid memuncak di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Ianya pasti akan berlaku.  Kita boleh sebut sebagai Kluster Tol Gombak. Masa itu jangan lah tuduh Kerajaan sebagai bodoh.  Masa itu tuan-tuan ambil lah arang hitam tenyeh tang dahi-lah 'Saya lagi bodoh'.  

2.  Saya setuju Kerajaan memang bodoh apabila membenarkan sampai 15 orang berkumpul untuk berhari raya (17 hari sudah - bermula pada 13hb Mei 2021). 

Ok lah Kerajaan bodoh membenarkan 15 orang berkumpul untuk berhari raya. Tetapi tuan-tuan semua tak ada otak ke? Tentu lah kalau lima orang berkumpul pun virus itu boleh berjangkit. So apa lagi kalau 10 orang berkumpul? Atau 15 orang berkumpul - dalam rumah flat dua bilik, rumah teres satu tingkat, rumah teres dua tingkat dsbnya. Sure lah virus itu akan berjangkit.   

Dan tengoklah tak sampai dua minggu lepas Hari Raya jangkitan Covid sudah melepasi 7,000 kes, 8,000 kes dan sekarang lebih 9,000 kes sehari. This is a direct result of berkumpul  beramai-ramai (15 orang itu cukup ramai) untuk berhari raya.  Kerajaan bodoh tetapi kau orang lagi bodoh.

3. Memang Kerajaan bodoh membenarkan Bazar Ramadan. Lepas itu depa haramkan Bazar Ramadan pula. Lepas itu depa benarkan Bazar Aidil Fitri pula. Bazar Ramadan ke, tak Ramadan ke, Bazar Aidil Fitri ke atau whatever Bazar pun how can you allow beribu orang berpusu-pusu di tempat yang sempit dan sesak? Tentu sekali virus Covid akan berjangkit dengan lebih laju. And that is what has happened now.

Tapi soalan besarnya tuan-tuan pun lagi bodoh ke? Jadi esok kalau Kerajaan terjun ke dalam lombong, tuan-tuan akan terjun dalam laut ke? Are you that stupid?   

Siapa suruh tuan-tuan pergi ke bazar jenis apa pun? Duduk dalam rumah sajalah - bukan sampai kiamat pun. Atau nak keluar rumah pun JANGAN PERGI KE TEMPAT YANG ADA RAMAI ORANG. AVOID CROWDED PLACES. 

You all ini tak sekolah ke? Pandai tuduh Kerajaan bodoh. Tapi rupanya you all ini lagi bodoh.  How stupid can you get? 

4. Kes Kluster Tablig tahun 2020

Ingat tak masa Covid ini mula mengganas virus itu dikesan datang daripada jemaah Tablig entah dalam hutan mana di Bangladesh. Ada juga satu group yang balik daripada Indonesia yang juga terlibat.  Tetapi ingat tak masa Kerajaan sudah kesan Kluster Tabligh mereka yang terlibat risiko Covid TIDAK MAHU MELAPORKAN diri  ke hospital atau pusat kesihatan?  

Sehingga pihak Polis terpaksa memburu mereka dan tangkap mereka dengan waran tangkap untuk dibawa ke hospital untuk saringan Covid. 

Jadi apakah ajaran kepala hotak depa ini yang tidak faham akan tanggungjawab mereka sebagai manusia untuk membantu sesama manusia mengatasi musibah yang telah menimpa negara kita? What is wrong with them?

Saya rasa depa pun cepat menuduh Kerajaan bodoh tetapi  rupanya  depa tak nampak kebodohan mereka sendiri dulu ?   

5. Tidak hadir di pusat vaksin.

Ok lah Kerajaan bodoh tak tahu mengurus vaksin Covid. Menteri bodoh membuat kenyataan secara umum dan bertulis (black and white public statement) bahawa salah software supplier bila sistem pendaftaran vaksin 'crash'. 

I say Mr Oxford, you mean you belanja RM70 juta duit kami - taxpayers funds- untuk bayar data system dan online vaccine registration system yang boleh kena godam hacker Seringgit Dua Puluh sen? What the ...?

Dont tell me that Israeli spy plane yang mendarat di negara jiran kita hari itu telah terlibat godam data system awak itu? What a joke? You belanja RM70 juta untuk sistem komputer yang begitu mudah kena hacker? 

Ok lah tuan-tuan so Kerajaan kita bodoh. Tak tahu mengurus sistem pendaftaran vaksin pun.

Tetapi kenapa pula 10,000 orang yang SUDAH DAFTAR lepas itu ponteng pula pada hari temu-janji suntik vaksin?   10,000 ponteng di Kelantan, 10,000 lagi ponteng di negeri lain, 5,000 lah, 3,000 lah. Sudah berpuluh ribu yang PONTENG, TIDAK HADIR untuk suntikan vaksin.  

Ok lah Kerajaan bodoh. Tetapi rupanya tuan-tuan yang berdaftar tetapi ponteng itu 70 kali lagi bodoh. Lagi bodoh daripada bontot lembu. 

Kalau awak tak mahu vaksin, kenapa pula awak berdaftar? Bila awak berdaftar, tentu lah Kerajaan terpaksa hantar vaksin ke pusat vaksin - menunggu lembu-lembu macam awak datang kena suntik. Tapi awak  PONTENG, tak mahu hadir.  Bukan satu atau dua orang tetapi berpuluh ribu orang PONTENG. Habis vaksin itu nak letak di mana pula? Vaksin itu kena simpan dalam peti sejuk yang khas.  Kalau vaksin itu sudah dihantar ke sana dan ke sini ianya lebih risiko jadi rosak, tak boleh di guanakan dsbnya. 

Ok lah Kerajaan bodoh. Tetapi rupanya kau orang lagi bodoh.

Wa akhirul kalam, saya nak tambah sedikit lagi kepada ulasan Prof Madya Dr Ariza Mohamed.

Saya melihat bahawa kebanyakan masalah ini, dan majoriti besar orang yang bermasalah ini adalah orang Melayu. This seems to be another Malay problem. Satu lagi masalah orang Melayu (majoritinya-nya).

Dr Ariza Mohamed menuding jari kepada kegagalan guru, kegagalan ilmuwan, profesor, sistem pendidikan dan pelbagai. 

Tetapi saya nak tanya - kenapa bangsa lain (Cina, India) yang juga menghadiri sekolah kebangsaan yang sama, yang belajar di universiti IPTA yang sama, yang diajar oleh guru dan cikgu yang sama (kecuali ustaz dan ustazah kelas agama),  profesor yang sama, yang mengkaji buku teks yang sama (dari sekolah menengah sampai ke universiti), yang mengambil peperiksaan yang sama (SPM, diploma, ijazah IPTA)  tetapi outcome mereka pula berlainan?

Contohnya cuba semak record orang yang hadir di pusat vaksin, yang menepati temu-janji yang ditetapkan. Majoriti yang hadir ikut temu-janji adalah orang Cina dan juga orang India. 

Mereka rela tunggu dari pagi sampai tengah hari atau sampai ke petang untuk di suntik vaksin.  They have no problems.

Setakat ini kita tidak melihat  Kluster Deepavali atau Kluster Thaipusam di kalangan orang India. Macam mana pula itu? Takkan sebab rakyat Malaysia keturunan India makan thosai atau minum rasam? (Di India pula beratus ribu manusia sudah mati dan sedang mati akibat jangkitan Covid yang liar dan ganas out of control). 

Begitu juga dengan rakyat Malaysia keturunan Cina. Tak ada pun Kluster Hari Raya Cina. Kita tidak melihat penambahan jangkitan Covid di kalangan kaum Cina selepas sambutan Hari Raya Cina. 

Jadi apa kah beza nya? 

Ok lah Kerajaan bodoh. Tetapi rupanya bukan Kerajaan saja yang bodoh.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.