`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 26, 2021

Patuh SOP agar dapat kembali meriahkan perayaan seperti dahulu, kata PM

 

Petugas Malaysian Buddhist Association semasa membuat persiapan untuk Hari Wesak yang disambut hari ini. Hanya 10 AJK persatuan dibenarkan hadir di kuil itu untuk upacara keagamaan semalam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terus mengingatkan rakyat mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengamalkan ‘lockdown’ kendiri bagi memastikan Covid-19 segera berakhir dan dapat kembali meraikan perayaan di negara ini dengan meriah seperti dahulu.

Muhyiddin dalam ucapan bersempena Hari Wesak di Facebook berkata, beliau berharap semua penganut agama Buddha dapat meraikan perayaan kali ini dalam norma baharu bersama ahli keluarga di rumah dengan suasana yang ceria.

“Elakkanlah daripada meninggalkan rumah kecuali atas urusan-urusan penting. Bagi mengurangkan perkumpulan beramai-ramai sempena perayaan, patuhilah arahan hanya ketua agama dan jawatankuasa pengurusan kuil sahaja dibenarkan untuk mengunjungi rumah ibadat,” kata beliau.

Beliau berkata, dalam berhadapan situasi pandemik yang luar biasa ketika ini, semua rakyat perlu bersama-sama mengamalkan ‘self lockdown’ atau kawalan pergerakan kendiri dan keluarga untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Sama-samalah kita patuhi SOP PKP yang sedang berkuat kuasa pada ketika ini untuk membendung penularan Covid-19 agar wabak ini segera berakhir dan kita dapat kembali meraikan perayaan-perayaan di negara kita dengan meriah seperti dahulu.

“Semoga Hari Wesak pada tahun ini memberi semangat dan iltizam baharu untuk kita terus cekal dalam mengharungi segala cabaran demi kebaikan bersama dan masa depan negara yang lebih cerah. Selamat Menyambut Hari Wesak,” tambah beliau. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.