`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 2, 2021

Sabah larang kemasukan warga Bangladesh, Nepal, Pakistan, Sri Lanka

 

Rakyat Sabah, termasuk pasangan suami isteri serta anak mereka yang tinggal di Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka dibenarkan pulang ke negeri itu, tetapi mereka perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mengumumkan semua individu dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka dilarang memasuki negeri itu mulai esok.

Katanya, ia susulan penularan varian baharu di beberapa negara yang menyumbang kepada lonjakan kes baharu Covid-19.

“Sehubungan itu, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka dalam tempoh 14 hari tidak dibenar menjalankan prosedur ‘signoff’ di Sabah, kecuali kru warganegara Malaysia dan wajib menjalani kuarantin 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan.

“Pengecualian masuk ke negeri ini diberikan kepada rakyat Sabah, termasuk pasangan suami isteri serta anak kepada rakyat Sabah sahaja dan mereka juga perlu mematuhi prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin,” katanya hari ini.

Dalam perkembangan lain, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, kes Covid-19 di negeri itu kepada tiga angka hari ini, iaitu 115 kes.

“Kinabatangan mencatat kes tertinggi sebanyak 28 kes, kebanyakannya daripada kluster Sawit.

“Kota Kinabalu pula daerah kedua tertinggi mencatat kes Covid-19, dengan 25 kes, iaitu daripada kluster sedia ada, manakala Tawau mencatat 20 kes baharu, Tuaran (sembilan), sementara Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan masing-masing mencatat enam kes,” tulisnya di Twitter. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.