`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 13, 2021

2 beradik antara 4 ditahan pecah masuk rumah Datuk Bandar MBPP

 

Polis menahan empat suspek, termasuk dua beradik berusia 27 hingga 37 tahun di sekitar Butterworth semalam.

PETALING JAYA: Empat lelaki termasuk dua beradik ditahan tidak sampai 24 jam selepas kediaman rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Yew Tung Seang dipecah masuk.

Utusan Malaysia melaporkan suspek yang termasuk dua beradik berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan di sekitar Bagan Ajam, Butterworth pada 10.15 pagi Sabtu.

Ahli keluarga Yew menyedari kediaman itu dipecah masuk pada 9 pagi, selepas mendapati ruang atas dan bawah rumah berselerak.

Semakan CCTV mendapati ada kelibat lelaki memasuki kediaman dua tingkat di Jalan Park, Pulau Tikus itu pada 5 pagi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Sahabudin Abd Manan mengesahkan kejadian dan tangkapan empat suspek berkenaan.

Katanya, polis berjaya merampas semula sebahagian barang yang dilarikan kumpulan itu.

“Buat masa ini, saya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut kerana kita masih mengesan saki baki suspek serta barang kes.”

Difahamkan, tiga suspek itu memiliki rekod jenayah lampau bersabit pelbagai kes jenayah dan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan 379A akta sama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.