`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, June 24, 2021

Ganding bahu, ketepi politik bantu rakyat, kata Ahli Parlimen DAP

 

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, menyampaikan bantuan makanan kepada orang awam di sekitar Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, mencadangkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengarahkan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bekerjasama dengan wakil rakyat di kawasan masing-masing dalam menguruskan pengagihan bantuan makanan.

Katanya, semua pihak termasuk UPPM harus mengetepikan soal politik, sebaliknya berganding bahu dengan wakil rakyat tidak kira daripada kerajaan atau pembangkang untuk memastikan bantuan makanan sampai kepada golongan memerlukan.

“Bantuan kepada rakyat perlu diperhebatkan kerana pendapatan mereka menurun secara drastik susulan penutupan sejumlah perniagaan akibat wabak Covid-19 ini.

“Tiada masa untuk berpolitik ketika ini. UPPM tidak seharusnya menggunakan pendekatan konfrontasi terhadap wakil rakyat ketika musim pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam kenyataan.

Chan yang juga Setiausaha DAP Sabah berkata, walaupun pelbagai bantuan telah diumumkan sama ada oleh kerajaan persekutuan atau negeri, masih ramai rakyat yang mengeluh seolah-olah belum mendapat bantuan yang sepatutnya.

“Kenapa ini berlaku? Adakah kerana bantuan terlalu sedikit dan kerajaan perlu menambahnya atau sistem penyampaian kerajaan mempunyai masalah sehingga kumpulan yang disasar tidak menerima bantuan?” soalnya.

Sebelum ini, kerajaan persekutuan mengumumkan pakej rangsangan Pemerkasa Tambahan berjumlah RM40 bilion bagi meminimumkan impak pandemik Covid-19 terhadap perniagaan serta memastikan rakyat yang terkesan dapat dibantu.

Selain itu, kerajaan negeri mengumumkan peruntukan berjumlah RM154.84 juta untuk fasa ketiga Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0), dengan RM34.37 juta diperuntukkan bagi bantuan bakul makanan kepada mereka yang terkesan akibat Covid-19.

“Adakah anggaran peruntukan untuk bantuan makanan itu turut merangkumi golongan M40 yang kini menjadi B40 kerana terjejas akibat pandemik Covid-19?

“Di Sabah, hanya 195,000 isi rumah yang dikategorikan sebagai kumpulan B40. Adakah angka ini yang sebetulnya?” soalnya.

Terdahulu, Chan menyampaikan bantuan 500 kotak makanan kepada operator pengangkutan awam dan orang awam yang kebanyakannya pemandu bas di sekitar Kota Kinabalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.