`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 15, 2021

Guru positif Covid-19 boleh tuntut RM300

 

Manfaat baharu itu diperkenalkan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) susulan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara awal tahun lalu.

PETALING JAYA: Guru yang merupakan ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) boleh menuntut sehingga RM300 jika disahkan positif Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Munadi Wan Mamat, berkata manfaat baharu itu diperkenalkan YGMB susulan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara awal tahun lalu.

Katanya, ada dalam kalangan ahli yang masih belum mengetahui inisiatif baharu ini, walaupun manfaat terbaharu diwujudkan YGMB boleh dituntut sejak Jun tahun lalu.

“YGMB berharap manfaat baharu ini dapat meringankan beban ahli yang terkesan dengan pandemik Covid-19,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Wan Munadi berkata, semua kategori ahli YGMB membabitkan ahli seumur hidup, ahli skim 16, ahli skim 18 dan terbaharu skim emas layak membuat tuntutan sekiranya disahkan positif Covid-19.

Katanya, atas faktor peningkatan kes harian Covid-19 ketika ini, YGMB juga menerima banyak tuntutan daripada ahli yang disahkan positif wabak itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.