`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 15, 2021

Harga ujian Covid-19 di seluruh negara mesti sama, kata Ahli Parlimen DAP

 

Dr Kelvin Yii berkata, mengapa mesti ada perbezaan harga antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak bila ia menjadi sesuatu yang sangat penting ketika pandemik?

PETALING JAYA: Kerajaan mesti mencari jalan untuk menyamakan harga ujian Covid-19 di Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak bagi memastikan ia berpatutan dan saksama untuk semua orang, kata Ahli Parlimen DAP.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii, berkata mengapa mesti ada perbezaan harga antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak bila ia menjadi sesuatu yang sangat penting ketika pandemik?

“Kerajaan mesti mencari jalan untuk menampung perbezaan kos supaya ia saksama untuk semua,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba bahawa harga siling ujian Covid-19 akan ditetapkan bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang akan menjadi garis panduan masyarakat awam ketika membayar ujian berkenaan.

Kerajaan sudah menetapkan harga siling bagi ujian RT-PCR pada kadar RM150, ujian RTK-Antigen pada kadar RM60 dan ujian RTK-Antibodi pada kadar RM50 di Semenanjung Malaysia.

Dalam pada itu, harga siling ujian RT-PCR di Sabah dan Sarawak ditetapkan pada kadar RM200, RTK-Antigen (RM80) manakala RTK-Antibodi (RM70).

Yii berkata, kenyataan itu adalah tidak adil bagi penduduk di Sabah dan Sarawak yang perlu membayar 40% lebih tinggi dari Semenanjung hanya untuk ujian Covid-19 sahaja.

Beliau berkata, alasan “kos pengangkutan” atau beberapa alasan biasa yang lain seringkali digunakan bagi menjustifikasi perbezaan harga antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang tidak munasabah dan seharusnya kerajaan mencari jalan untuk memastikan ia berpatutan tanpa mengira lokasi.

“Hakikatnya, kita sepatutnya digalakkan untuk melaksanakan ujian besar-besaran dan satu daripada cara untuk melaksanakannya adalah dengan membabitkan sektor swasta di setiap lokasi.”

Yii berkata, sepatutnya tidak ada lagi diskriminasi dalam hal berhubung keperluan asas terutama apabila ia membabitkan kesihatan awam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.