`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 13, 2021

Kluster Covid Di Masjid Korbankan Jemaah

 Pagi ini saya telah terima dua berita berikut (melalui Whatsapp).


Kes No 1. Seramai 14 ahli jemaah sebuah masjid di Jitra, Kedah telah meninggal akibat Covid. 

"Innalillahi wainna ilaihi raji’uun.  14 orang jemaah Masjid Tmn. Mahsuri, Jitra, Kedah telah kembali ke rahmatullah dalam masa 2 minggu akibat positive covid-19... Al-Fatihah"

Kes No. 2.   Sg Penchala under total lockdown - (juga berlaku kluster masjid). Berita dan video ini mungkin a few days old. Inilah beritanya :

"Penchala is under total lockdown as 10 people have collapsed and died and 80 new cases of Covid-19.   65 people ran from that place. Now not traceable. Please be careful where you go.  Kampong Penchala going into EMCO starting today."



OSTB : Saya diberi faham kes di Jitra melibatkan jemaah di satu masjid sahaja. Juga kes di Sg Penchala pun melibatkan jemaah di masjid. 

Jadi saya ada sedikit cadangan untuk mengatasi masalah ini.

Orang Islam dalam negara kita memang sudah biasa dengan hadir di masjid untuk berjemaah. Tetapi ini meningkatkan risiko virus Covid akan tular dalam masyarakat dan seluruh negara kita.

14 orang yang meninggal di satu tempat sahaja di Jitra atau 10 orang yang telah meninggal di Sg Penchala merupakan 'massacre' rakyat negara kita.  

Saya cadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan atau mufti-mufti membuat fatwa 'darurat Covid' yang membenarkan jemaah mengikuti sembahyang dalam TV. 

Maksudnya kita buat siarang langsung TV bagi semua waktu sembahyang daripada Masjid Negara atau Masjid Wilayah Persekutuan atau mana-mana masjid yang dipilih. Dan sesiapa pun dalam negara kita yang minat boleh-lah mengikuti sembahyang siaran langsung dalam TV itu - tetapi di rumah masing-masing. 

Jika Perlis dan Sabah mempunyai perbezaan waktu sembahyang, biasanya perbezaannya beberapa minit sahaja - maka fatwa itu perlu putuskan perkara ini juga. 

Ataupun kita boleh siarkan dalam TV sembahyang waktu daripada masjid di Kuching (sebagai lokasi pertengahan antara Sabah dan Perlis).

Yang sangat penting sekarang ialah kita mesti 'putuskan rantaian' penularan virus Covid. Ianya jauh lebih penting bagi kita menyelamatkan nyawa rakyat negara.  

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.