`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 18, 2021

Negeri Sembilan akan mohon perkenan Agong adakan sidang DUN, kata MB

 

Aminuddin berkata, hasil perbincangan bersama Speaker akan diserahkan kepada Tuanku Mukhriz mendapat perkenan sidang DUN diadakan. (Gambar fail)

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melalui Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) kembali bersidang.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata, perbincangan telah diadakan bersama Speaker DUN Zulkefly Mohamad Omar bagi merancang pelaksanaan persidangan DUN negeri ini, semalam.

“Seterusnya saya akan mempersembahkan hasil perbincangan tersebut kepada Tuanku Muhriz bagi mendapatkan perkenan baginda agar persidangan DUN dapat diadakan.

“Persidangan DUN hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kali terakhir DUN negeri ini bersidang pada 3 Dis 2020 selama lima hari.

Aminuddin berkata, sebarang tarikh persidangan yang akan diangkat untuk perkenan Tuanku Muhriz turut mengambil kira tempoh notis sekurang-kurangnya 28 hari kepada ahli DUN selaras dengan Peraturan IV, Perintah 5, Peraturan dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Tahun 1960.

Jelasnya, sekiranya mustahak dan perlu, notis yang seberapa segera boleh dikeluarkan tertakluk kepada perkenan Tuanku Muhriz.

Aminuddin turut menjunjung kasih pandangan yang dizahirkan oleh Seri Paduka agar persidangan Parlimen diadakan pada kadar segera bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli Dewan Rakyat.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara baru-baru ini dihadiri oleh Sultan Terengganu, Sultan Selangor, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Johor, Sultan Perak, Sultan Kedah, Pemangku Raja Pahang dan Raja Muda Perlis yang mewakili Raja Perlis. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.