`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 16, 2021

Sarawak tangguh ibadah korban sempena Aidiladha

 

Lembaga Fatwa Negeri Sarawak memutuskan aktiviti ibadah korban tidak dibenarkan di seluruh negeri itu. (Gambar Bernama)

KUCHING: Majlis Islam Sarawak memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan ibadah korban semasa sambutan Aidiladha tahun ini dalam usaha membendung penularan Covid-19 di negeri berkenaan.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Sarawak Abdul Rahman Junaidi berkata, penangguhan tersebut dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri itu semalam.

“Keputusan ini merangkumi seluruh Sarawak (dengan) tidak membenarkan aktiviti ibadah korban dijalankan di semua tempat,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, Lembaga Fatwa Negeri Sarawak dalam mesyuarat itu juga menetapkan penjagaan nyawa (hifzun nafs) diutamakan dan mengelakkan kemudaratan kesan daripada pandemik Covid-19 yang masih membimbangkan di Sarawak.

“Majlis Islam Sarawak juga menyeru umat Islam terus bersabar dan beristiqamah, terus mematuhi SOP dan bertawakal. Sama-samalah kita berdoa agar pandemik Covid-19 dihapuskan dari muka bumi ini.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.