`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 27, 2021

Saya tarik sokongan terhadap PN bukan arahan Zahid, Ahmad Jazlan beritahu Nazri

 

Ahmad Jazlan Yaakub berkata, keputusannya menarik sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin pada 9 Jan lalu dibuat selepas berbincang dengan semua pemimpin Umno Kelantan.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakob menolak tuduhan kononnya beliau antara individu terlibat dalam gerakan yang dikatakan dirancang Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin yang diumumkan 9 Jan lalu bukan dibuat atas arahan Presiden, Ahmad Zahid Hamidi, mahupun desakan mana-mana pihak.

“Kalau ada dakwaan mengatakan saya berpakat atau ini arahan, perancangan (tarik sokongan terhadap kerajaan PN) dari presiden, saya nak membuat penegasan menafikan sekerasnya, saya tidak pernah diminta, tidak pernah dihubungi presiden.

“Dan semua tahu saya terlalu rapat dengan Najib Razak, beliau juga tidak mengarahkan saya,” katanya dalam siaran langsung di Facebook Timbalan Ketua Bahagian Machang, Wan Mohd Adnan Wan Aziz, yang juga pegawai khasnya malam tadi.

“Saya bincang dengan rakan-rakan saya, ahli badan perhubungan (Kelantan) dan mendapat persetujuan dan mereka tandatangan meminta saya letak jawatan pengerusi MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) serta menarik sokongan kepada kerajaan.”

Jazlan turut mendedahkan, sehari selepas pengumuman itu, Nazri menghubunginya untuk menyatakan sokongan dan akan mengikut jejaknya.

Bagaimanapun, beliau terkejut dengan kenyataan Nazri baru-baru ini yang jelas berbeza sama sekali, dengan mendakwa dirinya menarik sokongan terhadap kerajaan PN pada Januari lalu disebabkan “ditipu” oleh Zahid.

Khamis lalu, Nazri dilaporkan berkata, tindakannya menyusuli Jazlan menarik sokongan terhadap kerajaan PN merupakan perancangan Zahid. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.