`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 20, 2021

Wanita maut dirempuh: Siasatan lengkap, pemandu cuai bebas dengan jaminan polis

 

Dalam kemalangan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Jelapang, Noor Aishah Mohd Tahir, 26, maut di tempat kejadian selepas kereta dipandunya dirempuh sebelum terperosok bawah lori yang terbabas. (Gambar Facebook)

IPOH: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan ngeri yang menyebabkan seorang pemandu wanita maut di Jalan Chemor-Jelapang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan, berkata sehubungan itu pemandu lori yang terbabit dalam nahas itu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

“Polis telah selesai mengambil keterangan lelaki berusia 44 tahun itu dan kertas siasatan sudah dilengkapkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 10.30 pagi berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Jelapang itu, Noor Aishah Mohd Tahir, 26, yang berseorangan, maut di tempat kejadian selepas kereta dipandunya dirempuh sebelum terperosok bawah lori yang terbabas dan masuk ke laluan bertentangan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.