PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki memanjat pangsapuri Alif Residence, Jalan Tahana, Tampoi, Johor, hingga ke tingkat 19 dengan niat mahu memecah masuk ke salah satu unit kediaman itu gagal.
Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Abdul Rahman Azezulkifle Sahimi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.26 petang semalam.
Katanya, susulan itu seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin bersama sebuah jentera FRT, EMRS dan tiga unit RIM dihantar ke lokasi.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi mendapati terdapat seorang lelaki berada di beranda rumah pangsapuri tingkat 19 dipercayai cuba untuk memecah masuk,” katanya dalam kenyataan.
Rahman berkata, lelaki berusia 30-an itu berjaya ditangkap oleh orang awam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Tindakan operasi menyerahkan mangsa kepada polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.