`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, October 18, 2021

Pembahagian kerusi PAS di PRN Melaka diketahui seminggu lagi

 

Pesuruhjaya PAS Melaka Kamarudin Sidek berkata menerusi perbincangan itu, setiap parti dijangka mengemukakan calon masing-masing dan keputusan akan dibuat secara bersama bagi memilih calon terbaik untuk bertanding di setiap kerusi. (Gambar PAS Melaka)

MELAKA: Pembahagian kerusi melibatkan PAS bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka dijangka diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh seminggu lagi selepas perbincangan antara parti itu dengan Umno dan Bersatu.

Pesuruhjaya PAS Melaka Kamarudin Sidek berkata perbincangan yang akan diuruskan oleh Jawatankuasa Teknikal PAS Pusat itu bertujuan mengelak berlaku pertembungan lebih daripada dua penjuru sekali gus merugikan semua parti komponen yang bernaung di bawah Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

“PAS berada dalam MN dan PN yang terdapat juga Umno dan Bersatu… hubungan kerjasama antara parti komponen terlibat masih terjalin. Jadi isu pembahagian kerusi bagi PRN Melaka perlu membabitkan semua parti terlibat.

“Kita akui terdapat laluan sukar dan mudah di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun misi utama kita ialah pertandingan dua penjuru di setiap kerusi bagi memudahkan laluan kita untuk menghadapi Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kamarudin berkata menerusi perbincangan itu, setiap parti dijangka mengemukakan calon masing-masing dan keputusan akan dibuat secara bersama bagi memilih calon terbaik untuk bertanding di setiap kerusi.

Beliau berkata sekiranya perbincangan menemui jalan buntu, PAS tidak teragak-agak untuk bergerak sendiri dan meletakkan calon di kerusi yang turut ditandingi Umno dan Bersatu meskipun terpaksa berdepan saingan tiga penjuru.

Kamarudin, yang merupakan calon PAS bagi kerusi Duyong pada PRU14 dan tewas kepada Damian Baba Yoe dari DAP, berkata beliau sedia kembali bertanding di kawasan itu pada PRN kali ini jika dipersetujui Umno dan Bersatu.

PAS Melaka bertanding di 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka pada PRU14 lepas.

Menyentuh persediaan PAS bagi menghadapi PRN Melaka, beliau berkata jentera parti itu telah bersiap siaga dalam semua aspek dan semua bilik gerakan telah dibuka.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh hari ini mengumumkan 20 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka manakala 8 Nov bagi penamaan calon dan undi awal 16 Nov.

Pada 4 Okt lepas, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 daripada Speaker Datuk Seri Ab Rauf Yusoh setelah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.