`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 18, 2021

PRN Melaka tetap berjalan walau PH cabar isu pembubaran DUN ke mahkamah, kata Ab Rauf

 

Ketua Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata, PH selaku pihak yang tidak berpuas hati mempunyai hak untuk memfailkan kes berkenaan, namun PRN Melaka tetap berlangsung seperti diumumkan SPR. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Walaupun Pakatan Harapan (PH) Melaka mencabar keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke mahkamah, namun pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan pada 20 Nov ini tetap akan berjalan, kata Ketua Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, Warta Pembubaran DUN Ke-14 diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas pernyataan mengenainya dilakukan pada 5 Okt lalu.

Katanya, PH selaku pihak yang tidak berpuas hati mempunyai hak untuk memfailkan kes berkenaan, namun PRN Melaka tetap berlangsung seperti diumumkan SPR.

“Semasa hari pernyataan pembubaran Dewan, warta itu diserahkan kepada SPR. Jadi yang dipersoalkan sebenarnya mereka tidak meneliti kaedah pembubaran DUN.

“Terserahlah kepada mana-mana parti yang tidak berpuas hati untuk memohon keabsahan di peringkat mahkamah untuk diadili. PRN tetap berjalan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Villa D’Acqua, Masjid Tanah hari ini.

Terdahulu, SPR menetapkan 20 Nov ini sebagai tarikh PRN Melaka bagi mengisi kekosongan 28 kerusi DUN.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Terdahulu, PH Melaka mengumumkan, mereka tetap meneruskan usaha membawa isu pembubaran DUN Melaka ke mahkamah minggu ini, meskipun SPR menetapkan tarikh PRN pada 20 November.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, langkah tersebut diteruskan bagi membolehkan semakan terhadap proses, prosedur dan fakta pembubaran DUN dapat dilakukan.

Menurut beliau, kelewatan memfailkan kes berkenaan disebabkan kegagalan pihak pengurusan DUN mengeluarkan atau menyerahkan notis pembubaran secara rasmi kepada semua ADUN sehingga kini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.