`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 10, 2021

Sarjan polis mengaku tak salah beri keterangan palsu di mahkamah

 

Mohd Fauzi Zahari, 40, didakwa melakukan perbuatan itu semasa menjadi saksi pendakwaan dalam kes perbicaraan rasuah dan peras ugut membabitkan tujuh anggota dan pegawai pasukan polis marin di Mahkamah Sesyen Dua, Kuantan, 26 April lalu.

KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memberi keterangan palsu di mahkamah, April lalu.

Mohd Fauzi Zahari, 40, didakwa melakukan perbuatan itu semasa menjadi saksi pendakwaan dalam kes perbicaraan rasuah dan peras ugut membabitkan tujuh anggota dan pegawai pasukan polis marin, di Mahkamah Sesyen Dua di sini, pada 26 April lalu.

Dia dituduh memberikan tiga keterangan tidak selaras dengan kenyataannya kepada seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di pejabat SPRM Pahang pada 1 Feb 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa SPRM Kamariah Seman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, selain pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Amirul Ridzuan Hanif, memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan anak guamnya telah memberi komitmen baik sepanjang siasatan selain perlu menanggung ibu, isteri dan tiga anak masih bersekolah.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai.

Mahkamah menetapkan 14 Feb depan untuk sebutan semula kes. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.