`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, December 31, 2021

Banjir: Rumah dinaiki air, bomba bantu pindah jenazah warga emas

 

Anggota bomba membantu membawa jenazah ke tempat selamat untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pas, Kuala Krai. (Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat)

PETALING JAYA: Penduduk terpaksa meminta bantuan pasukan bomba untuk membawa jenazah ke kawasan selamat berikutan jambatan di Kampung Sungai Pas, Mengkebang, Kuala Krai ditenggelami air, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan itu pada 9.22 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota ditugaskan untuk menghantar pegawai perubatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ke rumah Allahyarham Samsuddin Omar, 63, yang meninggal dunia akibat sakit tua.

“Pasukan bomba membantu membawa pegawai PKD menyeberang jambatan yang sudah dilimpahi air ke rumah arwah dengan menaiki bot untuk mengambil sampel ujian Covid-19.

“Bagaimanapun selepas dua jam, keputusan Covid-19 arwah didapati negatif dan anggota bomba membantu keluarga lelaki itu untuk memindahkan jenazah ke masjid yang terletak di kawasan selamat,” katanya.

Katanya, jenazah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pas, di sini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.