`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 31, 2021

Kesihatan mental ‘dipertikai’ anak, bekas Setiausaha Agung MCA mohon batal saman

 

Bekas Setiausaha Agung MCA Kam Woon Wah mendakwa anaknya tiada hak untuk memfailkan saman pemula itu.

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung MCA Kam Woon Wah memohon untuk membatalkan saman pemula yang difailkan anak lelakinya Andrew Kam Tai Yeow bagi menentukan kesihatan mentalnya.

Jutawan berusia 92 tahun itu memfailkan permohonan tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Y C Wong pada 27 Dis lepas.

Menurut laporan Bernama, Kam memohon membatalkan saman difailkan Tai Yeow, 59, atas alasan saman itu tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Kam mendakwa beliau pada masa material, dapat menguasai minda dengan sepenuhnya dan berkemampuan penuh untuk menguruskan hal ehwal diri dan syarikat-syarikat di bawah tanggungjawabnya seperti yang disahkan dalam laporan oleh pakar psikiatri perunding bertarikh 16 Dis 2021.

Sehubungan itu, defendan mendakwa anaknya tiada hak untuk memfailkan saman pemula itu.

Pada 20 Dis lepas, Tai Yeow memfailkan saman pemula bagi menentukan kesihatan mental bapanya yang didakwa berubah secara mendadak sejak beberapa tahun ini termasuk mempunyai masalah kesukaran untuk berkomunikasi dan kelihatan seperti seorang yang hilang ingatan.

Beliau memohon mahkamah memutuskan sama ada bapanya berupaya memberikan arahan kepada peguam supaya bertindak bagi pihaknya dalam tempoh defendan telah bercelaru mental.

Tai Yeow juga memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan suatu senarai tentang kesemua aset dan harta yang dimiliki oleh defendan.

Plaintif turut memohon perintah supaya defendan hadir ke di mahkamah bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 52 Akta Kesihatan Mental 2001 bagi membolehkan pakar kesihatan mental yang difikirkan sesuai oleh mahkamah untuk akses penuh dan tanpa had ke atas defendan bagi tujuan pemeriksaan sendiri.

Tai Yeow memohon perintah mahkamah untuk melantik jawatankuasa bagi menguruskan hal ehwal defendan dan estetnya, jika defendan didapati sebagai seorang kecelaruan mental dan tidak mampu menguruskan dirinya serta hal ehwalnya sendiri.

Mahkamah menetapkan 3 Jan untuk pengurusan kes. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.