`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, December 31, 2021

PM sertai program solat hajat, Munajat Perdana

 

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menghadiri Program Solat Hajat dan Munajat Perdana bagi mendoakan kesejahteraan Malaysia sempena Tahun Baharu 2022 di Masjid Putrajaya, yang menggantikan sambutan sempena Tahun Baharu 2022.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menghadiri Program Solat Hajat dan Munajat Perdana bagi mendoakan kesejahteraan Malaysia sempena Tahun Baharu 2022 di Masjid Putrajaya, pada Jumaat.

Turut kelihatan hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad dan beberapa menteri kabinet serta pegawai kerajaan tiba di pekarangan masjid itu kira-kira jam 7 malam tadi.

Program yang dihadiri kira-kira 1,000 jemaah dimulakan dengan sembahyang Maghrib diikuti solat hajat dan zikir munajat serta doa yang diketuai Imam Besar Masjid Putra, Ustaz Salahuddin Ghozali.

Sambutan Tahun Baharu 2022 dibatalkan dan digantikan dengan solat hajat serta doa selamat sebagai tanda menghormati serta bersimpati terhadap mangsa banjir yang melanda di beberapa negeri di Malaysia.

Sebelum ini, Ismail menerusi catatan di Facebook miliknya meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia supaya menganjurkan solat hajat berkenaan.

Perdana Menteri turut menyarankan masjid di seluruh negara terutamanya masjid negeri agar menganjurkan majlis sama manakala Keluarga Malaysia yang bukan beragama Islam boleh melakukan sembahyang mengikut kepercayaan dan agama masing-masing.

Beliau berharap segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan dan Malaysia akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.