`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!






 

Friday, December 31, 2021

28 GRO berhimpit di ruang rahsia elak dicekup

 

GRO itu terdiri warga China, Thailand dan Vietnam dengan semua ditahan dalam operasi yang dijalankan pada 13 Dis lalu. (Gambar Jabatan Imigresen Perak)

PETALING JAYA: Seramai 28 pelayan pelanggan (GRO) berhimpit di ruang rahsia sebuah pusat hiburan untuk mengelak dicekup pihak berkuasa dalam serbuan di Jalan Canning Estate, Ipoh.

Tindakan itu bagaimanapun gagal apabila semuanya yang berusia antara 26 hingga 45 tahun itu ditahan dalam serbuan berkenaan.

Mereka yang terdiri daripada 15 wanita warga China, tiga warga Thailand dan 10 warga Vietnam ditahan dalam operasi pada 13 Dis lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Hapdzan Husaini berkata, serbuan disertai 28 pegawai Bahagian Penguat Kuasa itu turut menahan tujuh lelaki tempatan dipercayai penjaga dan pekerja premis berkenaan.

“Dalam operasi tersebut, wanita itu melarikan diri dengan bersembunyi di sebalik ruang rahsia yang sempit di tingkat tiga pusat hiburan berkenaan namun taktik itu berjaya dikesan pegawai operasi yang menjumpai tempat persembunyian mereka,” katanya menurut laporan Kosmo.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat, pusat hiburan yang diserbu itu disyaki menggaji warga asing tanpa pas yang sah dan bekerja sebagai GRO serta beroperasi bermula jam 5 petang sehingga 5 pagi.

“Kesemua mereka ditahan dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa, tidak memiliki pas yang sah, melindungi warga asing tanpa pas yang sah dan melanggar syarat pas lawatan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.