`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, December 31, 2021

Covid-19: Kes di Sabah meningkat sedikit hari ini, kata Masidi

 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata faktor penyebab berlakunya peningkatan kes mendadak di Kota Kinabalu adalah disebabkan 25 kes baharu yang membabitkan Kluster Bahtera Kinabalu. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, kes baharu Covid-19 di Sabah meningkat sedikit pada hari ini iaitu sebanyak 231 kes dicatatkan berbanding 226 kes, semalam.

Katanya, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 60 kes iaitu meningkat 14 kes berbanding semalam.

“Faktor penyebab kepada berlakunya peningkatan kes mendadak di Kota Kinabalu adalah disebabkan terdapat 25 kes baharu yang membabitkan Kluster Bahtera Kinabalu.

“Selain kes daripada kluster, sebanyak 18 kes berpunca daripada kes bergejala, 11 kes daripada saringan kontak rapat dan enam kes lagi daripada lain-lain saringan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, sebanyak 27 daerah merekodkan penambahan jumlah kes harian.

Katanya, tujuh daerah mencatat kes dua angka, 14 daerah mencatatkan kes satu angka manakala enam daerah lagi tidak mencatat sebarang kes baharu.

“Kesemua daerah mencatatkan perubahan angka yang tidak statik kecuali daerah-daerah yang konsisten dengan catatan sifar kes seperti Kunak, Kalabakan dan Nabawan.

“Selain itu, seramai 226 orang daripada 231 pesakit baharu hari ini berada dalam kategori 1 dan 2, seorang dalam kategori 3, dua orang dalam kategori 4 dan tiada pesakit dalam kategori 5 manakala dua kes lagi masih dalam penilaian JKNS (Jabatan Kesihatan Negeri Sabah),” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.