`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 30, 2021

DYMM Sultan Selangor Telah Batal Tauliah "Lebai Politik" Sejak Mac 2019. Tetapi Isu Ini Timbul Lagi.

 


  • Selangor tarik balik tauliah mengajar agama untuk aktivis politik
  • Mulai 1 Jan 2022 semua tauliah ajar agama aktivis politik di Selangor batal 
  • tauliah ajar agama individu politik tidak akan dikeluarkan lagi
  • titah Sultan Selangor tidak benarkan Islam dipolitikkan 
  • Sultan tidak perkenan tauliah agama diberi kepada aktivis politik 
  • Sultan titah tauliah ditarik balik 31 Disember 2021
  • ajar agama tanpa tauliah kesalahan mengikut Enakmen Agama 
  • denda RM3,000, penjara dua tahun atau keduanya sekali
  • hina kuasa, ingkar, pertikai titah Sultan suatu kesalahan 
  • denda RM3,000, penjara dua tahun 

My comments:

Sekali lagi DYMM Sultan Selangor 'bertitah' bahawa ahli politik, aktivis politik tidak boleh diberi tauliah ajar agama / campurkan agama dengan politik.  Saya definisikan mereka ini sebagai "lebai politik".

Tetapi sebenarnya perkara ini telah pun diputuskan Baginda Sultan pada bulan Mac 2019.  Yang berikut adalah laporan akhbar The Sun :

  • (Sun Daily) – Politicians not allowed to teach Islam in S'gor, effective Jan 1 
  • their accreditation (tauliah) will be revoked effective Dec 31, 2021 
  • no further accreditation will be given 
  • decree of Selangor Sultan barring Islam from being politicised 
  • decision first made in Selangor Royal Court council in March 2019 
  • punishable with fine RM3,000, two years’ jail or both
  • punishment applies to those who insult, disobey, question sultan’s decrees 

Titah Baginda Sultan mesti dikuatkuasakan dengan serta merta, tanpa sebarang kelewatan, alasan atau malas buat kerja.

Jika titah Baginda Sultan perlu diulang sekali lagi hari ini, lebih 33 bulan sesudah keputusan Selangor Royal Court council pada Mac 2019, maksudnya telah berlaku  'footdragging' atau melengahkan penguatkuasaan titah Baginda Sultan.

Soalannya kenapa titah Baginda Sultan pada Mac 2019 itu tidak diambil tindakan atau dikuatkuasakan sampai ke hari ini?

Kita tengoklah jika akan berlaku kes di mana 'lebai politik' yang melanggar titah Baginda Sultan di Selangor akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.