`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 4, 2021

Ekonomi Turki Hancur : Erdogan Ikut Teori Ekonomi Kepala Hotak Dia Sendiri, Serupa Pemimpin Kita

 Sekarang ini teori ekonomi dungu salam yang latest oleh pakar ekonomi auta dalam negara kita adalah 'harga barang naik disebabkan orang tengah'. 'Orang tengah' ini sebenarnya adalah codeword atau 'katalaluan' yang bermaksud 'peniaga Cina'. 

Jadi dengan katalaluan ini segala kebodohan dan segala kegagalan dasar ekonomi kerajaan boleh di-taichi kepada "orang tengah" ia itu salah bangsa lain.  Maka orang tengah (aka 'orang Cina' lah) yang mengakibatkan harga barang naik.

Tetapi yang pelik ialah hanya apabila orang tengah itu bukan Melayu maka ia menyebabkan 'harga barang naik'. Kalau orang tengah adalah orang Melayu, maka harga barang tidak akan naik. Maksudnya segala dasar ekonomi bebal (DEB) dengan secara otomatik boleh jadi bukan bebal.  

Contohnya monopoli impot beras tetap kekal. Pasal apa pula? Sebab monopolinya dipegang orang Melayu, jadi terlepas daripada undang-undang ekonomi dunia. Harga beras di Malaysia TIDAK AKAN NAIK. Allahu Akbar!

Monopoli lesen nelayan laut dalam masih dalam tangan orang Melayu. Its ok. Segala ikan di Laut China Selatan  akan meluru masuk ke dalam pukat bot nelayan kita dengan rela dan sendiri. Harga ikan TIDAK AKAN NAIK. Yahoo!

AP yang mempunyai nilai ekonomi tisu jamban sudah gunapakai (used toilet paper) masih dikeluarkan untuk beratus dan mungkin beribu barangan impot terutama sekali impot kereta dan kenderaan motor. AP naikkan harga barang dengan ZERO tambahan nilai (zero value added) kepada barang impot itu. Tapi its OK. Hampir semua AP dalam tangan orang Melayu elit-elit yang kaya. Jadi dengan secara otomatik AP terlepas daripada sebarang 'undang-undang ekonomi dunia'. Harga kereta TIDAK AKAN NAIK. Hooray! Allahu Akbar !

Dan apa sudah jadi dengan Kartel Daging itu? Saya baca laporan akhbar tempatan yang happy-happy bahawa wartawan mereka telah mainkan isu ini sehingga kartel daging itu pun dilumpuhkan. Tahniah. But it is not that easy.  Saya kurang yakin kartel daging itu sudah dihapuskan. Percayalah mereka akan kembali. 

(Serupa juga pihak berkuasa dulu pernah berkokok besar sudah lumpuhkan kartel smuggle kereta mewah. Tuan-Tuan percaya ke penyeludupan kereta sudah tidak ada? You must be dreaming.  Pada waktu itu saya dengar 'cakap-cakap kedai kopi' bahawa apa yang berlaku ialah godfather dan big boss kartel itu (termasuk pegawai atasan yang makan rasuah) marah 'pegawai bawahan' yang makan duit lebih daripada share mereka. Maka big boss dan godfather sengaja bocorkan nama  'pegawai bawahan' yang ditangkap oleh pihak berkuasa. Akhbar pro kerajaan pun berkokok 'kartel smuggle kereta sudah lumpuh'. Apa yang berlaku ialah godfather dan big boss lantik 'pegawai bawahan' yang lain untuk teruskan aktiviti haram mereka.) 

Itulah ajaibnya dasar ekonomi auta dalam negara kita. Teori-teori ekonomi dan cara-cara mengurus perniagaan dan kewangan seantero dunia tak laku di Malaysia. 

Bayangkan sebaik sahaja angin monsun Timur Laut atau arus lautan menghampiri ruang udara dan sempadan perairan Malaysia maka angin monsun dan arus lautan kena gostan balik. Serupalah segala teori ekonomi yang kekal di seluruh dunia terpaksa gostan.  Kita lagi pandai dalam ekonomi. Kitalah pakar ekonomi yang genius tahap Nobel Prize. 

Tapi kita tidak bersendirian. We are not alone on planet Earth. Ada se-ekor lagi makhluk alien di atas muka bumi Allah swt ini yang juga cuba memberi nyawa kepada teori ekonomi ikut kepala hotak dia sendiri yang sedang menghancurkan ekonomi negara nya.  Makhluk alien itu adalah Recip Tayyip Erdogan - presiden Turki.  Ini beritanya dulu daripada BBC :




past two years Erdogan sacked three central bank presidents 
this week replaced finance minister 
lira continues to drop

Turkey's lira plummeted 45% against US$ this year 
yet Erdogan not bothered
Erdogan pressing ahead with "economic war of independence"
Erdogan risks soaring inflation, higher unemployment poverty

Unorthodox policy
unorthodox economic policy of low interest rates to boost growth, exports
For many economists, if inflation goes up you control it by raising interest rates
Erdogan sees interest rates as "an evil that make the rich richer and poor poorer"

Turkey's soaring inflation

  • "Everything so expensive," Sevim Yildirim told BBC at local fruit market
  • "impossible to cook for a family with these prices."
  • Annual inflation surged above 21% in Turkey
  • Turkey just lowered interest rates from 16% to 15%, third cut this year.

Soaring prices

  • economy heavily dependent on imports for producing goods 
  • fall of lira has direct impact on prices 
  • Tomato prices up 75% in August
  • high costs of diesel, fertiliser and sulphur (for grape farming)
farmers selling assets
But when sell assets we'll have nothing left

  • currency so volatile prices are changing daily
  • Inflation for producers alone is up 50%.
  • Supermarket employees upload before and after prices for products
Foreign currency debt problem for private sector 
companies find it more profitable to store products rather than sell 

Angry young Turks

more poverty and widening gap in income, wealth equality
Queues at petrol stations, govt offices selling cheap bread
lira slumped 18% on 23 Nov, protests and dozens of arrests

  • Turks not happy with govt, cannot see future in the country 
  • 20% young people out of work; worse among women
  • Turks compare with other countries, dont like what they see.
  • in US or Europe, easy to buy iPhone with salary
  • in Turkey even if work for months cannot afford 
Erdogan's rule since 2002.
Erdogan's success partly due to foreign funding after 2008 financial crisis
Turkey depend on imports, at mercy of currency fluctuations
no hope Erdogan's new economic model will rescue lira
Turkey using economic model completely beyond economic theory

My comments :

Kadar pengangguran di Turki melebihi 22%. Kadar inflasi hampir 20%. Nilai duit mereka jatuh 45% tahun ini sahaja!

Bagi pembaca Blog ini, Tuan-Tuan akan ingat bahawa saya telah kritik banyak dasar Erdogan daripada awal lagi - sejak Erdogan jadi al Khalifah al Sultaniyyah al Turki. 

Pada awal 2000an Erdogan telah mula 'eksport' para "pemikir" dan "pendakwah" Turki ke merata dunia, termasuk ke Malaysia, untuk pukul gendang berkenaan kepintaran Erdogan dan kebesaran Turki. Saya pernah menghadiri beberapa majlis dan persidangan yang jemput "pemikir" Turki itu dan saya mendapati mereka lebih cakap besar dan ego (tetapi secara lembut dan diplomatik) daripada menunjuk satu pencapaian yang boleh dicontohi. 

Tetapi pada masa itu ramai juga orang kita (terutama sekali penyokong Ikhwan Muslimin atau Muslim Brotherhood di mana Erdogan adalah 'pelakon hero' pujaan mereka) turut bergembira dan dangdutkan lagu "Erdogan, Erdogan, Erdogan".

Daripada pengajian universiti saya sendiri dan pengalaman saya sebagai banker saya memang terkejut dengan dasar Erdogan berikut:

Erdogan's success partly due to foreign funding after 2008 financial crisis

Maksudnya Erdogan membenarkan syarikat tempatan Turki meminjam duit dalam matawang asing (foreign currency loans). Ini adalah satu dasar kewangan yang memang auta yang telah menghancurkan ekonomi Turki. Kaum businessman Turki akhirnya berhutang sampai bankrap dan matawang Turki (lira) jatuh teruk juga disebabkan dasar dungu ini.

Cuba bayangkan makcik jual pisang goreng di Kampong Kerinchi dibenarkan pinjam duit dalam matawang US Dollar Amerika.  Pendapatan makcik itu daripada menjual pisang goreng adalah dalam Ringgit Malaysia tetapi dia kena bayar hutang pula dalam US Dollar!!  Ini disebut sebagai 'currency mismatch'.  

Sebab nilai matawang Ringgit Malayisa (hasil daripada menjual pisang goreng itu) boleh turun-naik berbanding nilai matawang US Dollar Amerika. Kalau nilai Ringgit jatuh 10% maka hutang US Dollar makcik pisang goreng akan terpaksa bertambah 10% juga, belum lagi kira bunga (interest rate).

Inilah yang telah berlaku di Turki. Apabila matawang lira jatuh (pada tahun ini saja nilainya jatuh 45%) maka semua businessman dan industri yang meminjam duit bank dalam matawang asing (US$, Euro dsbnya) menjadi sesak dan nazak untuk bayar balik hutang. 

Prestasi mereka lembap dan ekonomi pun jatuh serta menurunkan nilai lira Turki juga. Semuanya connected.  

Sekarang pula Erdogan melawan arus pemikiran ekonomi dengan tidak mahu market forces atau aliran pasaran bebas menentukan interest rate atau kadar pinjaman bank di Turki.

Sebaliknya al Khalifah al Sultanniyah al Turki itu bertitah sahaja (rule by presidential decree) untuk menetapkan dasar kewangan negara (financial policy) sehingga TIGA gabenor bank negara Turki di pecat dalam DUA TAHUN sahaja dan Menteri Kewangan pun dipecat pada minggu ini.

  • past two years Erdogan sacked three central bank presidents 
  • this week replaced finance minister 
  • lira continues to drop

Jelas sekali gabenor bank negara mereka dan Menteri Kewangan Turki sendiri tidak setuju dasar ekonomi auta Erdogan.

Akhir kalam dia macam ini Tuan-Tuan. Di atas mukabumi Allah swt ini sungai mengalir dari hulu ke hilir.  Bagi sesiapa orang bodoh yang ingin gostankan arus sungai untuk mengalir dari hilir ke hulu, maka dia akan tenggelamlah mencuba buat kerja bodoh. That is what is happening in Turki now.  Dan di sebuah negara terletak nun jauh di Asia Tenggara.  Please dont be stupid like Erdogan.  

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.