`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 7, 2021

JPJ tawar diskaun saman 80% mulai Khamis

 

Orang ramai boleh membayar saman di Unit Mudah Alih JPJ dan Kiosk JPJ di sekitar KLCC serta semua pejabat JPJ di seluruh negara. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pengurangan bayaran saman sebanyak 80% bermula 9 hingga 12 Dis ini.

Tawaran itu dilaksanakan sempena sambutan Acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula Khamis ini.

JPJ menerusi kenyataan berkata, tawaran itu turut diberikan kepada semua notis saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa, dengan syarat pembayaran dibuat dalam tempoh empat hari itu, tetapi ia tidak terpakai untuk kes yang masih dalam sebutan mahkamah.

“Pengurangan kadar kompaun diberikan kepada semua saman bagi kesalahan yang boleh dikompaun seperti disenaraikan di dalam Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003.

“Tawaran itu tidak terpakai bagi kes yang telah didaftarkan di mahkamah, termasuk yang berstatus waran tangkap yang belum dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA),” katanya menurut laporan Kosmo.

Kemudahan bayaran saman itu disediakan menerusi Unit Mudah Alih JPJ dan Kiosk JPJ di sekitar KLCC dan semua pejabat JPJ di seluruh negara.

Orang ramai disaran membuat semakan status saman terlebih dahulu, terutama rekod membabitkan saman AES (melalui portal mySIKAP JPJ) atau di mana-mana kaunter pejabat JPJ. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.