`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 10, 2021

PRN Sarawak: Presiden PDP nafi dakwaan ‘beli satu undi RM500’

 

Tiong King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu selama lima penggal terkejut apabila ditanya mengenai pemberian mesin rumput dan peralatan lain kepada penduduk ketika melawat Dudong. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Calon Parti Gabungan Sarawak (GPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong, Tiong King Sing, mengingatkan pihak tidak bertanggungjawab supaya berhenti menuduhnya membeli undi, seperti tersebar di laman media sosial, baru-baru ini.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu, berkata beliau mahu rakyat menyokong atas khidmat bakti yang telah diberikan, bukan melalui beli undi.

Katanya, taktik kotor seperti itu dilakukan demi memenangi kerusi tersebut, namun beliau berharap supaya rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan itu.

“Saya sudah lima penggal menjadi Ahli Parlimen Bintulu dan tidak pernah beli undi daripada rakyat. Apabila saya melawat Dudong, saya terkejut apabila ditanya mengenai pemberian mesin rumput dan peralatan lain kepada penduduk di sana. Cerita ini sudah mula tersebar.

“Ada daripada penduduk menunjukkan mesej mengenai setiap pintu rumah panjang mendapat RM1,000, sekiranya meletakkan nama untuk menyokong saya.

“Bukan itu sahaja, ada yang menuduh saya membeli satu undi pada harga RM500. Saya tegaskan di sini, untuk kaum Melayu, Iban, Cina yang berada di Dudong, mesej tersebut bukan daripada saya ataupun daripada parti GPS,” katanya dalam satu video yang dimuat naik menerusi Facebooknya.

Beliau berkata, matlamat utama beliau ialah mahu semua rakyat bekerjasama dengan memberi peluang kepada GPS pada 18 Dis.

“Beri peluang kepada saya dan kita bangunkan era terbaik pada masa hadapan untuk kawasan Dudong,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.