`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 8, 2021

Saya jadi calon bebas kerana Bersatu tak tanding PRN Sarawak, kata Ismawi

 

Ismawi Mohammad berkata, keputusannya bertanding sebagai calon bebas di DUN Muara Tuang turut mendapat sokongan masyarakat setempat yang mahu calon anak jati tempatan lebih muda dan segar.

PETALING JAYA: Ketua Bersatu Bahagian Samarahan, Ismawi Mohammad menjadi calon bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang kerana partinya tidak bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

Ismawi Mohammad.

Bekas ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, beliau sudah lama menunggu peluang untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Apabila Bersatu Pusat memutuskan tidak meletakkan calon pada PRN kali ini, saya mengambil keputusan bertanding sebagai calon bebas.

“Tindakan saya ini disokong ahli Bersatu lain di DUN Muara Tuang demi mencapai impian kami dalam politik,” katanya menurut laporan Berita Harian.

DUN Muara Tuang menyaksikan pertandingan enam penjuru melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Amanah, Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR).

Ismawi berkata, keputusannya bertanding sebagai calon bebas turut mendapat sokongan masyarakat setempat yang mahu calon anak jati tempatan lebih muda dan segar.

“Isu di DUN Muara Tuang sekarang ialah penduduk mahu wakil rakyat dalam kalangan anak jati Kota Samarahan sendiri.

“Sebagai anak muda berpendidikan dan disokong masyarakat, saya menyahut cabaran untuk bertanding demi bangsa, agama dan negara.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.