`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 10, 2021

Tak sempat solat Jumaat, warga emas ditikam mati

 

Siasatan mendapati suspek mengenali mangsa terbabit, kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Cha Hoong Fong. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid, maut ditikam dua lelaki berhampiran pintu pagar kediamannya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian jam 12.38 tengah hari tadi, mangsa berusia 69 tahun itu ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan rumahnya di Kampung Idaman, Klang.

Beliau berkata, polis berjaya menahan kedua-dua suspek berumur 33 tahun, di dua lokasi berasingan sekitar Klang dan Shah Alam.

“Susulan penangkapan kedua-dua suspek itu, kes bunuh berkenaan berjaya diselesaikan hanya dalam masa kira-kira empat jam.

“Siasatan mendapati, suspek utama dalam kes ini mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan satu rekod jenayah dan dua rekod dadah, senjata yang digunakan suspek untuk menikam si mati juga berjaya ditemui,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa secara tiba-tiba ditikam seorang lelaki yang berlari dan meluru ke arahnya, menyebabkannya rebah.

“Siasatan juga mendapati suspek mengenali mangsa terbabit. Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian,” tambahnya.

Beliau berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berhubung kejadian tikam membabitkan mangsa warga emas terbabit, yang kemudian disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang berada di lokasi kejadian.

Berikutan itu katanya, permohonan reman terhadap kedua-dua tangkapan akan dilakukan di Mahkamah Klang esok.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki warga emas tidak sempat ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat apabila ditikam lelaki dikenali secara tiba-tiba. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.