`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 11, 2021

Warga emas tersalah bayar pisang RM1,234.56

 

Pisang seberat 1kg itu hanya berharga RM7.30, oleh itu pemilik kedai runcit kemudiannya membayar balik lebihan bayaran berjumlah RM1,227.27 kepada warga emas terbabit..

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menyelesaikan aduan seorang warga emas tersalah membayar sesikat pisang pada harga RM1,234.56 pada Khamis.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, lelaki berusia 60 tahun itu membeli sesikat pisang seberat lebih 1kg di sebuah kedai runcit di Kota Bharu dengan harga RM1,234.56 pada 10 Nov lalu.

“Lelaki itu membayar harga buah itu menggunakan aplikasi e-wallet dan tersilap menekan harga yang sepatutnya hanya RM7.30 untuk sesikat pisang. Namun, kejadian itu disedari sebaik sahaja dia pulang ke rumah.

“Warga emas itu kemudian memaklumkan kedai runcit dan difahamkan kedai itu sudah bertukar pemilik.

“Mangsa kemudian membuat aduan kepada KPDNHEP Selasa lalu beserta bukti transaksi. Siasatan dijalankan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya dalam kenyataan semalam menurut laporan Harian Metro.

Azanizam berkata, hasil perbincangan penguat kuasa KPDNHEP, pemilik kedai runcit itu kemudiannya membayar balik lebihan bayaran berjumlah RM1,227.27 kepada pengadu.

Beliau mengingatkan pengguna sentiasa menyemak semula selepas membuat bayaran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.