`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 19, 2022

Anwar jumpa TMJ bincang pembangunan negara, Johor

 

Anwar Ibrahim bergambar dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas pertemuan di Johor Bahru hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Johor Bahru selama sejam setengah hari ini.

Anwar mengucapkan terima kasih atas jamuan makan malam dan kesudian Tunku Ismail membincangkan pembangunan negara serta Johor.

“Terkesan dengan keprihatinan dan sikap terbuka Tuanku (Tunku Ismail) dalam pertemuan tersebut,” katanya dalam Facebook.

Terdahulu, Anwar menghadiri majlis pengumuman tujuh calon PKR bagi Zon Timur dan Tengah di Pasir Gudang petang tadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.