`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 18, 2022

Lantik syarikat keluarga bekal alat tulis, guru besar dicekup SPRM

 

Seorang guru besar ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Seorang guru besar ditahan selepas disyaki menyalahgunakan kedudukannya apabila melantik syarikat milik ahli keluarga sendiri untuk membekalkan peralatan alat tulis kepada pihak sekolah.

Lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 50-an, ditangkap selepas selesai memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada 10 pagi, hari ini.

Suspek didakwa menganugerahkan kontrak bernilai lebih RM36,000 kepada firma yang dimiliki bersama isteri serta saudara perempuannya.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy, yang mengesahkan penangkapa itu, berkata lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, dan akan dihadapkan ke mahkamah khas rasuah di sini, tidak lama lagi.

Beliau berkata, seramai 13 guru besar dan pengetua sudah ditahan dan dituduh atas kesalahan rasuah sejak 2019. Dua daripadanya disabit kesalahan dan dikenakan hukuman oleh mahkamah.

Sehubungan itu, Karunanithy berkata, SPRM menganjurkan taklimat berhubung jenis kesalahan penyelewengan membabitkan sekolah di Sabah, sejak 2019.

Dalam pada itu, dalam kes berasingan membabitkan penyalahgunaan kuasa, SPRM Tawau menahan pegawai kerajaan yang bertindak meluluskan permohonan tender dibuat isterinya bagi pembelian kenderaan bernilai RM15,000, yang mana agensi lelaki itu bekerja mahu melupuskan aset berkenaan.

Lelaki berkenaan berusia lingkungan 40-an, ditangkap di pejabat SPRM, pada 9 pagi, hari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.