`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 24, 2022

Umno tukar calon kurang 24 jam selepas umum

 

Setiausaha Pemuda BN, Fadzmel Fadzil berkata pertukaran calon itu dibuat atas keputusan pucuk pimpinan parti. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Umno membuat pertukaran calon di sekurang-kurangnya dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor, kurang 24 jam selepas pengumuman rasmi tengah hari tadi.

Menurut laporan Berita Harian, difahamkan dua kerusi berkenaan ialah DUN Sungai Balang dan Tanjung Surat, yang terletak dalam kawasan Parlimen Muar serta Pengerang.

Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN), Fadzmel Fadzil ketika dihubungi akhbar itu berkata, calon baharu bagi DUN Tanjung Surat ialah Aznan Tamin.

Aznan yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Pengerang diberikan watikah pencalonan menggantikan Syed Sis Abd Rahman.

Ditanya asas di sebalik pertukaran itu, Fadzmel berkata: “Ia keputusan pucuk pimpinan.”

Kata putus mengenai pertukaran calon bagi DUN Sungai Balang sehingga kini belum dimuktamadkan, namun Selamat Takin disebut-sebut akan menggantikan Mohd Helmi Abd Latif. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.