KOTA BELUD: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu jatuh ke gaung sedalam kira-kira 24 meter di Jalan Ranau Bypass Kota Belud, berhampiran Kampung Tombotuan, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, Tambunan Asang, 75, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian akibat kecederaan serius.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tu pada 8.07 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sejauh 40km dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud.
“Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan Toyota Unser yang terbabas di bahu jalan, lalu jatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter.
“Terdapat seorang mangsa berada dalam kenderaan dan tidak sedarkan diri. Bomba berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat, sebelum dibawa naik ke kawasan selamat menggunakan ;stretcher’,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 10.06 pagi. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.